Kerajaan tidak menghalang usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melaksanakan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori.
Sokongan itu disuarakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas hadir merasmikan International Social Wellbeing Conference (ISWC) di sebuah hotel di sini hari ini.
Sila ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan pengeluaran KWSP melalui aplikasi i-Akaun KWSP. Semoga bermanfaat.
Kategori Yang Layak Membuat Pengeluaran KWSP
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan cadangan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu.
Menurut beliau, ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan itu dilakukan secara sukarela dan ia dilihat mampu memberikan peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.
Jelasnya, pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.
Perdana Menteri, ketika merasmikan aplikasi i-Akaun KWSP versi terbaharu di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Platform yang dinaik taraf ini menyediakan pelbagai fungsi bagi ahli melaksanakan transaksi berkaitan KWSP, termasuk kalkulator simpanan persaraan baharu bagi membantu ahli menilai kecukupan simpanan KWSP apabila bersara kelak.
Info Bantuan Kerajaan Terkini : KLIK SINI
_________________________
Tujuan Pengeluaran KWSP
Berikut adalah pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP untuk kegunaan peribadi. Senarai dibawah adalah berdasarkan e-Pengeluaran KWSP :
1. Pengeluaran untuk membeli rumah
2. Pengeluaran untuk membina rumah
3. Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
4. Rawatan perubatan
5. Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
6. Pengeluran untuk pendidikan
Cara Membuat Pengeluaran Menggunakan i-Akaun
Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.
Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Klik menu ‘Pengeluaran’
3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran sebahagian KWSP, sila hubungi :
Telefon : 03-8922 6000
Faks : 03-8922 6222
Laman Web KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/JawatanMalaysiaTerkini untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.