Tarikh & Cara Bayaran Bantuan
Penerima BKSS yang mempunyai akaun simpanan bank akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan secara bulanan sebanyak RM250 untuk enam (6) bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa :
a) Fasa Pertama (RM750) : selepas 17 April 2020;
b) Fasa Kedua (RM750) : selepas 17 Julai 2020.
Syarat Kelayakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang
- Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (Suami atau Isteri) yang dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM4000 sebulan.
- Bujang berumur 40-59 tahun atau OKU berumur 18-59 tahun berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan diatas tetapi permohonan BKSS mereka tidak diluluskan dan tidak tersenarai menerima bantuan boleh membuat rayuan.
Cara Membuat Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang
- Pemohon boleh mengisi borang rayuan dengan memuat turun borang di laman rasmi
Sarawak - Selepas mengisi borang rayuan tersebut, borang tersebut hendaklah di hantar ke Pejabat Daerah berdekatan dengan alamat pemohon.
- Pemohon juga boleh membuat rayuan secara online di laman rasmi Sarawak
Pemohon digalakkan untuk mengemukakan akaun bank bagi memudahkan bayaran bantuan disalurkan. Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan: Talikhidmat –Tel:082-555 999 / e-mail:[email protected]