Program MyLesen 2.0 : Permohonan Bantuan Lesen B2 Dibuka Semula

Photo of author

By Admin

Program MyLesen 2.0-Tuan / puan yang tidak sempat memohon tempoh hari kini boleh boleh hadir ke JPJ Negeri Melaka jika memenuhi syarat-syarat asas yang ditetapkan.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, dipohon tuan/puan untuk mengisi borang penyertaan ini.

Sila ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan info-info penting seperti syarat kelayakan dan cara permohonan. Semoga bermanfaat.

Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa. 👉KLIK SINI👈

Program MyLesen 2.0

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Melalui program ini, peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 iaitu Motosikal tidak melebihi 250 cc.

Program MyLesen

Baca Juga :

Impak Program MyLesen 2.0

• Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
• Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
• Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

bantuan lesen

Syarat Kelayakan Bantuan Program MyLesen 2.0

Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:

• Warganegara Malaysia
• Berumur 16 tahun ke atas
• Sihat tubuh badan dan mental
• Belum memiliki sebarang lesen memandu
• Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
• Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
• Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon
*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

mylesen b2 jpj

Cara Memohon MyLesen B2 Melaka

Sila dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang seperti di infografik.

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka
Kompleks JPJ
75990 Melaka Tengah
Koordinat: 2.230957, 102.297134 @

Program MyLesen

Tempoh Ujian Program MyLesen

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Program MyLesen B2, boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka di talian 06-251 4049/4050

• Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka : https://www.facebook.com/JPJMLK
• Laman Rasmi : https://www.jpj.gov.my/

Soalan Lazim (FAQ) Program MyLesen

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program My Lesen B2 Tahun 2024?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ

Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.
Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.

Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain. Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan
melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program My Lesen B2 Tahun 2024?

Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja. Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.

Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain. Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.

Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLesen B2 Tahun 2024 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?

Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

Download Soalan Lazim (FAQ) SOALAN-LAZIM-FAQ-MyLesen-B2-1

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment