RASMI : Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600 Bermula Julai Depan !

Photo of author

By Admin

SARA%20RM600

telegram%20pmk

STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.



Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan SARA

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
1. Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
2. Berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

kategori%20sara%20rm600

_________________________
Info Jawatan Kosong Kerajaan : KLIK SINI



_________________________

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah 2023

Cara Semakan Status Di Portal Mykasih :
1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=



2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

semakan%20ekasih

Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Sila rujuk jadual berikut :
SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
SARA 3 – September 2023 (RM100)
SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
SARA 5 – November 2023 (RM100)
SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

str%20tambahan

Kaedah Penyaluran Bantuan Tambahan STR @ SARA

Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/JawatanMalaysiaTerkini untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment