Rayuan STR 2024 Kini Dibuka Bagi Yang Tidak Layak. Rujuk Panduan Penuh Disini

Photo of author

By Admin

Rayuan STR 2024-Kepada yang tak lulus bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, jangan risau kerana kerajaan akan buka permohonan rayuan bagi pemohon yang tidak layak STR.

Permohonan rayuan yang akan dibuka pada awal bulan Januari 2024 ini dapat membuka peluang untuk mereka dengan mengemukakan beberapa dokumen-dokumen sokongan bagi menepati syarat kelayakan STR.

Kementerian Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 1 telah mula disalurkan secara berperingkat pada 29 Januari 2024.

Menerusi bantuan ini, para penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 29 Januari 2024.

Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈

Rayuan STR 2024

Permohonan rayuan STR 2024 boleh dilakukan kini melalui laman portal rasmi MySTR 2024.

Rayuan STR ini bertujuan untuk membantu penerima STR 2024 yang tidak lulus atau gagal memohon semula rayuan dengan menyertakan sekali dokumen yang diperlukan oleh LHDNM

ss rayuan

Tengah Trending :

Syarat Kelayakan Rayuan STR 2024

• Pemohon yang status tidak lulus STR 2024
• Pemohon yang berstatus lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan pendapatan dan perubahan status perkahwinan.

Semakan Status Tidak Lulus STR 2024

Pemohon boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya LULUS RAYUAN.

Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2023 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2024 :

1. MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA

• Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
• Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

2. MAKSUD STATUS LULUS

• Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

3. MAKSUD STATUS TIDAK LULUS

• Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

4. APA PERLU BUAT JIKA STR 2024 TIDAK LULUS?

• Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
• Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

5. KEMASKINI STR 2024

• Sekiranya status permohonan saya Dalam Proses, adakah saya boleh mengemas kini semula maklumat permohonan saya?
• Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat permohonan tidak boleh dibuat sehingga keputusan dipaparkan.

6. MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2024

• Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?
• Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

Sila rujuk cara membuat semakan seperti di bawah:

photo 2024 01 30 18 19 44

1 Layari laman web rasmi STR 2024 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2 Semak status anda
3 Jika tidak lulus, status akan dipaparkan seperti contoh di bawah:

Sebelum ini, LHDN memaklumkan bahawa tarikh bayaran STR adalah secara berperingkat, bergantung kepada tarikh permohonan anda dihantar.

Bagi yang menghantar borang pada 1-30 November 2023 yang lalu, anda akan menerima pembayaran mulai 29 Januari 2024

Manakala bagi yang menghantar permohonan pada 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, anda akan menerima bayaran bermula pada April 2024.

Sila rujuk jadual di bawah:

bayaran str

Tarikh Permohonan Rayuan STR 2024

Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 Mulai 29 Januari 2024.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Untuk membuat rayuan, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Permohonan Rayuan STR 2024

1. Secara Dalam Talian
2. Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Sila rujuk ikon PERMOHONAN RAYUAN seperti yang tertera dalam tangkap layar di bawah:

photo 2024 01 30 18 19 49

Sila rujuk Kod Alasan Tidak Lulus STR dan muatnaik dokumen yang diperlukan untuk permohonan.

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.

Jumlah Bantuan STR 2024 Fasa 1

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima STR untuk fasa 1 adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan. Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:

1. Iѕі Rumаh Tіаdа Hаd Umur

Pеndараtаn < RM2,500
Tіаdа Anаk: RM500
1 – 2 Anаk: RM500
3 – 4 Anаk: RM500
> 5 Anаk: RM500

2. Pеndараtаn RM2,501 – RM5,000

Tіаdа Anаk: RM100
1 – 2 Anаk: RM150
3 – 4 Anаk: RM250
> 5 Anаk: RM300

3. Bujang (Pendapatan <RM2,500)

21-59 Tahun : RM100
OKU 19-59 Tahun : RM100
Warga Emas Bujang : RM150

STR Fasa 1

STR bujang

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:

• Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
• Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2024.pdf)
• Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL. (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/JADUAL%20PERKHDIMATAN%20KAUNTER%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%202024.pdf)

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Channel Telegram untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment