Rayuan STR Tahun 2023 : Permohonan & Cara Buat Rayuan

Photo of author

By Admin

RAYUAN%20STR
telegram%20pmk

Kepada yang tak lulus bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023, jangan risau kerana kerajaan akan buka permohonan rayuan bagi pemohon yang tidak layak STR.

Permohonan rayuan yang akan dibuka pada awal bulan Julai 2023 ini dapat membuka peluang untuk mereka dengan mengemukakan beberapa dokumen-dokumen sokongan bagi menepati syarat kelayakan STR.




Sila ikuti maklumat yang kami kongsikan berkaitan dengan bantuan rayuan STR tahun 2023.

Rayuan STR

Akan tetapi, nampaknya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak diluluskan permohonan mereka sama ada bagi pembayaran Fasa 1, Fasa 2 atau Fasa 3.

Prihatin dengan perkara ini, pihak Kerajaan akan membuka Rayuan STR selama sebulan bermula pada 3 Julai sehingga 31 Julai 2023.

Kaedah rayuan itu pula boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi STR atau mengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan. Klik sini.



rayuan%20str
rayuan%20str%202
_________________________
Info Jawatan Kosong Kerajaan : KLIK SINI



_________________________

Semakan Status Tidak Lulus & Alasan

Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023.

Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023.

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Alasan tidak lulus STR boleh disemak melalui menu > Semakan Status.



Cara Permohonan Rayuan STR Fasa 3

Tempoh Permohonan Rayuan STR 2023 mulai 03 sehingga 31 Julai 2023.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Untuk membuat rayuan, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut laman rasmi STR.


Kaedah Permohonan Rayuan STR 2023:

– Secara Dalam Talian.
– Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Permohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.

Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.

Perkhidmatan kaunter STR LHDNM dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.



NOTA:
Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2023 bagi pemohon yang mempunyai rekod STR 2023.

Log Masuk MySTR memerlukan ID Pengguna (No. MyKad) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran MySTR, Sila klik Soalan Lazim (FAQ) MySTR.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my


Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/JawatanMalaysiaTerkini untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment