Semakan Penyata Pencen Online (JPA Pencen) Tahun 2024

Photo of author

By Admin

Semakan Penyata Pencen Online (JPA Pencen)

Bagi pesara, sudah tentulah mereka mahu menyemak penyata wang persaraan bagi duit yang diterima setiap bulan, terutamanya penyata wang bersara bagi bulan Januari memandangkan terdapat kenaikan sebanyak 2% duit persaraan yang diterima setiap tahun.

Kini, segalanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dan kali ini mari lihat betapa mudahnya untuk menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan secara online sahaja.

Semakan Penyata Pencen merupakan proses yang penting bagi pesara kerajaan di Malaysia. Ia melibatkan penelitian terperinci terhadap catatan pembayaran pencen yang diterima pesara setiap bulan. Proses ini memastikan keselarasan maklumat dan membolehkan pesara mengatur perancangan kewangan dengan lebih berkesan.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Penyata Pencen

Penyata Pencen adalah dokumen yang menyediakan butiran mengenai bayaran pencen yang diterima oleh pesara kerajaan setiap bulan. Ia termasuk maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan, dan jumlah bayaran pencen.

Aplikasi MyPesara, misalnya, adalah aplikasi pintar yang dibangunkan untuk memudahkan pesara Kerajaan Malaysia mencapai maklumat ini.

Ia memberi peluang kepada pengguna untuk merancang dan mengurus persaraan dari segi kewangan, kesihatan dan perkhidmatan lain yang diberikan oleh KWAP kepada pesara kerajaan.

1203070
Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat: Anda Layak Menerima Bantuan MyKasih RM100 Jun 2024~Semak Sekarang

Semakan Penyata Pencen

Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah menyediakan satu kemudahan untuk semakan penyata pencen ini melalui sebuah aplikasi dalam talian.

Untuk menggunakannya, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal Penyatan Bayaran Pencen di alamat https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan
  3. Masukkan No. Akaun Pencen
  4. Pilih pilihan Tahun
  5. Tandakan pada kotak pengesahan Captcha
  6. Klik pada butang Hantar
  7. Penyata wang persaraan anda akan dipaparkan sekiranya kesemua maklumat yang dimasukkan adalah betul

pencen semakan

photo 2024 06 05 21 47 52

Bagi memastikan penyatan ini telah dikemaskini, seeloknya anda membuat semakan penyata ini beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.

Cara Kira Kenaikan Wang Persaraan

Kerajaan telah bersrsetuju memberikan kenaikan 2% setiap tahun bagi wang persaraan yang diterima.
Bagaimakah caranya untuk mengetahui jumlah terbaru wang persaraan yang bakal diterima setiap bulan selepas kenaikan ini?

Mudah saja. Lihat cara kira seperti dibawah:

  1. Anggarkan wang persaraan yang anda terima adalah RM1000
  2. 2% daripada jumlah tersebut adalah bersamaan dengan RM20. Maka kenaikan yang diterima anda adalah RM20.
  3. Dengan kenaikan 2% ini, maka wang persaraan baru selepas kenaikan pada bulan Januari adalah RM1020.

Baca Juga: Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024: Syarat Kelayakan & Semakan Permohonan

Aplikasi MyPesara

Pihak Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) juga telah membangunkan aplikasi MyPesara bagi kemudahan pesara kerajaan menyemak penyata pencen yang diterima mereka.

Untuk memuat turun aplikasi percuma ini, hanya klik pautan di bawah:

App Store – Pengguna iOS

Google Play – Untuk pengguna Android

photo 2024 03 22 15 49 33

Sila muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai sahaja bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada dicuri oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab.

Leave a Comment