Semakan Permohonan BSH Bujang – Borang Permohonan

Photo of author

By Admin

BSH%2BBUJANG



Baru-baru ini pada Belanjawan 2020, kerajaan telah mengumumkan kadar kenaikkan kadar Bantuan Sara Hidup Bujang sebanyak RM300. Golongan bujang yang telah berumur 40 dan tahun keatas akan mendapat Bantuan Sara Hidup (BSH).


BSH Bujang akan disalurkan bermula bulan Mei iaitu pada pemberian BSH fasa kedua nanti. 

Berbeza dengan tahun sebelumnya, dimana pemberian kepada golongan bujang hanya sebanyak RM100, pada kali ini pemberian duit BSH kepada golongan bujang adalah sebanyak RM300 sahaja. 

BSH BUJANG DAN OKU 2020 DIBAYAR PADA FASA KEDUA


Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan pada 6 Januari 2020, bayaran bagi kategori bujang dan OKU akan dibuat secara one-off (sekali bayaran) pada fasa kedua.


Baca Juga : Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspiraku) 2020

Justeru penerima kategori ini perlu membuat permohonan atau kemaskini BSH bermula 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.




SYARAT PERMOHONAN & KEMASKINI BSH BUJANG :

  1. Berumur 40 Tahun ~ 59 Tahun (Penting)
  2. Belum pernah membuat permohonan sebelum ini.
  3. Ingin membuat pertukaran maklumat/profil ( contoh alamat, no akaun, status, dll)
  4. Permohonan BSH 2019 yang tidak berjaya dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  5. Permohonan Orang kurang upaya (OKU) yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020
  6. Anda boleh rujuk laman rasmi BSH untuk maklumat lanjut dan terkini permohonan. 



DOWNLOAD BORANG BSH



Anda juga boleh download Borang Permohonan BSH melalui pautan di bawah sebelum mengisi dan menghantar borang tersebut ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup.

  1. Borang Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup Rakyat
  2. Borang Kemaskini Maklumat Asas BSH






MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN BSH BUJANG 





Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke [email protected]

Hubungi Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

Untuk pertanyaan langsung, boleh juga melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut.


SELAMAT MAJU JAYA !

Leave a Comment