Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima STR Tambahan sebanyak RM600.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan sumbangan STR tambahan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan pada Jumaat, 14 Julai 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR Tambahan) serta kategori penerima yang layak.
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 4 mengikut setiap kategori:
1. Isi Rumah Tiada Had Umur
Pendapatan < RM2,500
Tiada Anak: RM200
1 – 2 Anak: RM600
3 – 4 Anak: RM900
> 5 Anak: RM1200
2. Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Tiada Anak: 0
1 – 2 Anak: 0
3 – 4 Anak: RM300
> 5 Anak: RM500
3. Bujang
Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun: RM200
Bujang 21 – 59 Tahun: 0
Bujang OKU 19 – 59 Tahun: 0
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Kerajaan akan memberi Sumbangan Tunai Rahmah @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan
Kadar STR tambahan berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
_________________________
Info Bantuan Kerajaan : KLIK SINI
_________________________
Semakan Status Kelayakan
Bagi yang tidak pasti sama ada anda tersenarai dalam eKasih, sila semak pendaftaran di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/
Jika anda ingin mendaftar, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran pada pautan di atas.
Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran
Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Bantuan SARA diberikan dalam bentuk kredit etunai MyKasih RM100 sebulan di Semenanjung, manakala RM600 diberikan secara one-off bagi penerima di Sabah & Sarawak
Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
Sila rujuk jadual berikut :
SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
SARA 3 – September 2023 (RM100)
SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
SARA 5 – November 2023 (RM100)
SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sеkіrаnуа tеrluра kata lаluаn dаn gagal menjawab soalan kеѕеlаmаtаn (percubaan sebanyak 3 kаlі diberikan), ID MуSTR аkаn dіѕеkаt dаn dіbеnаrkаn untuk mеnсubа ѕеmulа selepas 24 jаm.
Sebarang bantuan lаnjut, bоlеh hubungi LHDNM bеrhаmріrаn аtаu tаlіаn Hоtlіnе BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atаu anda bоlеh layari Pоrtаl Rаѕmі https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/JawatanMalaysiaTerkini untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа