Semakan Tawaran Penempatan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) – Tingkatan 1 Tahun 2020

Photo of author

By Admin

Add%2Ba%2Bheading




Bagi ibu bapa yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2020, semakan tawaran penempatan SBP Tingkatan 1 boleh dibuat bermula 18 Disember jam 3 petang di portal rasmi KPM.

Bagi kemasukan tingkatan 4, keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya Januari tahun depan (biasanya selepas keputusan PT3 diumumkan).Bagi murid yang tidak layak, permohonan rayuan akan dibuka pada tarikh sama.

SEMAKAN KEPUTUSAN SBP TINGKATAN 1 2020

Permohonan kemasukan SBP tingkatan 1 hanya terbuka untuk:



  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum



Setiap murid yang memenuhi kriteria di atas akan diminta untuk mengambil Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh atau UKSBP sebagai salah satu syarat kelayakan.

Berikut adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid tingkatan 1 SBP.


matapelajaran sbp

Untuk makluman, permohonan SBP 2020 telah pun ditutup bulan September lepas. Kini ibu bapa hanya menunggu keputusan SBP Tingkatan 1 bagi mengetahui di mana anak mereka akan ditempatkan. Penempatan SBP bergantung kepada permohonan dan keputusan KPM sendiri.

Semakan tawaran penempatan boleh klik pautan Semakan Tawaran yang tertera dibawah :

Selain itu, ibu bapa juga boleh menyemak keputusan SBP melalui saluran berikut:

  • Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
  • Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
  • Makluman melalui SMS



1. Tawaran adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran SBP tidak akan dilayan.

2. Bagi murid yang berjaya, anda diminta untuk cetak surat tawaran dan bawa bersama ketika proses pendaftaran nanti.

3. Pastikan anda bawa bersama beberapa dokumen penting seperti salinan IC, salinan sijil-sijil kokurikulim dan sebagainya ketika hari pendaftaran.

4. Pihak SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya murid gagal mengemukakan dokumen yang lengkap.


RAYUAN SBP :

  • Bagi murid yang gagal, anda boleh membuat rayuan ke SBP 2020. 
  • Permohonan rayuan akan dibuka pada 18 Disember hingga 7 Januari 2020.
  • Murid boleh mengisi borang rayuan secara online.
  • Keputusan rayuan akan diumumkan penghujung Januari tahun depan.
  • Untuk info lanjut layari portal rasmi KPM






KESIMPULAN 



Kongsikan maklumat mengenai Tawaran Penempatan Sekolah Berasrama Penuh ini kepada keluarga, saudara mara atau rakan-rakan anda yang berminat atau mempunyai pertanyaan tertentu. Kami harapkan artikel kami pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang telah memohon SBP.


Terima kasih kerana memilih kami menjadi sumber penyalur maklumat terkini untuk anda. Selamat berjaya!

Leave a Comment