Sistem permohonan EZHasil, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Nasional ditutup buat sementara waktu. Berikut adalah kenyataan rasmi dari LHDN.
Pengumuman
Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menaik taraf sistem atas talian bagi membolehkan akses berterusan ke semua sistem LHDNM.
Sehubungan itu, keseluruhan rangkaian sistem LHDNM meliputi EzHasil, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional akan ditutup bagi tujuan penyelenggaran seperti berikut:
Tarikh: 02 April 2020 (Khamis) hingga 03 April 2020 (Jumaat)
Masa: 7.00 malam hingga 7.00 pagi
LHDNM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul, namun penyelenggaraan ini adalah perlu bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada semua.
Sekian terima kasih
Ibnor reza
Harap dapat masuk suda nanti