Skim Peduli Kesihatan (Peka B40) : Semak Syarat Kelayakan Dan Cara Untuk Claim Skim Ini

Photo of author

By Admin

pekab40

Skim Peduli Kesihatan atau Peka B40 ini di bawah kendalian pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (PHCorp).

Skim ini dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengenal pasti ada beberapa masalah dan cabaran dalam golongan B40 sepanjang berhadapan dengan masalah kesihatan.


Peka B40

Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) adalah langkah yang ambil oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan terhadap golongan yang berpendapatan rendah, dengan memberi fokus atas penyakit tidak berjangkit (NCD).

Skim PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang dalam kategori B40.




Faedah Peka B40

Kelebihan yang diperoleh :
  1. Penerima dapat menjalani Saringan Kesihatan
  2. Menerima Bantuan Alat Perubatan
  3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  4. Insentif Tambang Pengangkutan

Syarat Kelayakan

  • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berdaftar
  • Berumur 40 tahun dan ke atas




Kaedah Membuat Semakan Kelayakan

  1. Semak kelayakan di laman web rasmi: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
  2. Jika layak, anda boleh ke Klinik PeKa B40 yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan. Senarai Klinik: KLIK SINI
  3. Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  4. Lawatan kali kedua adalah untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan tindakan seterusnya sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Leave a Comment