Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA Jun 2024
Kerajaan telah memperkenal bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima STR yang layak dan sebagai bantuan tambahan dan juga akan disalurkan setiap bulan.
Bantuan SARA RM100 untuk bulan Jun 2024, sebuah inisiatif khusus yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya bagi kategori B40 dan M40.
Bantuan sejumlah RM100 akan secara langsung dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak, memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Kаtеgоrі & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA Jun 2024
Bаntuаn Bаkul Makanan dikhususkan kepada penerima іѕі rumаh уаng telah dіkеnаlраѕtі bеrаdа dalam kategori miskin tegar.
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kеlауаkаn kаdаr tambahan іnі terhad kераdа:
Kategori SARA | Kadar Bantuan |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Isi Rumah | RM300 |
STR Bujang | RM150 |
Artikel Berkaitan: Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA Jun Dikreditkan
Pengkreditan bantuan ini dijadwalkan bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu). Pastikan anda memeriksa kelayakan anda untuk mendapatkan manfaat dari program ini.
Bulan | Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang |
Januari 2024 | RM100 | RM50 |
Februari 2024 | RM100 | RM50 |
Mac 2024 | RM100 | RM50 |
April 2024 | RM100 | RM50 |
Mei 2024 | RM100 | RM50 |
Jun 2024 | RM100 | RM50 |
Julai 2024 | RM100 | RM50 |
Ogos 2024 | RM100 | RM50 |
September 2024 | RM100 | RM50 |
Oktober 2024 | RM100 | RM50 |
November 2024 | RM100 | RM50 |
Disember 2024 | RM100 | RM50 |
Di Mana Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA Jun Boleh Digunakan?
Penerima bantuan yang sah boleh menggunakan bantuan ini di lebih dari 600 kedai terpilih di seluruh negara, termasuk:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Lulu Hypermarket
- Pasar raya dan pasar mini bebas terdekat
Barangan Yang Boleh Dibeli Melalui Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA Jun 2024
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:
- Beras
- Roti
- Telur,
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi Segera
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Bahan Perasa
- Produk Kebersihan
- Ubat-Ubatan
- Barangan Persekolahan
Cara Semakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA Jun
1. Semakan Melalui Portal MySTR
Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;
Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera.
2. Semakan Melalui Portal MyKasih
Sila ikuti langkah dibawah step by step:
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Jika ada pertanyaan atau memerlukan bantuan lebih lanjut, sila hubungi talian bantuan di 603-7720 1800 atau 603-7720 1900. Informasi ini diambil dari portal rasmi MySara, dan kami berusaha menyediakan maklumat terkini dan tepat bagi memudahkan akses kepada bantuan kerajaan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah bersumberkan portal rasmi e-KASIH. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa berikut:
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia:
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)