Tarikh Bayaran Pencen 2024. Jadual Bayaran Bulanan Pesara JPA

Photo of author

By Admin

Bayaran Pencen 2024-Untuk makluman, terdapat beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.

Berikut dikongsikan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2023 dan 2024 yang dimuktamadkan secara rasmi untuk hebahan umum.

Join Plarform Rasmi kami untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈

Bayaran Pencen 2024

Secara ringkasnya, antara faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara kerajaan ialah :

1. Ganjaran Perkhidmatan (one-off).
2. Pencen Perkhidmatan (bulanan)
3. Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (one-off).
4. Kad Pesara – boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dll.

Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.

Tengah Trending :

Tarikh Bayaran Pencen 2024

Tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

• Januari – 19.01.2024 (Jumaat)
• Februari – 21.02.2024 (Rabu)
• Mac – 21.03.2024 (Khamis)
• April – 19.04.2024 (Jumaat)
• Mei – 17.05.2024 (Jumaat)
• Jun – 12.06.2024 (Rabu)
• Julai – 17.07.2024 (Rabu)
• Ogos – 21.08.2024 (Rabu)
• September – 20.09.2024 (Jumaat)
• Oktober – 21.10.2024 (Selasa)
• November – 21.11.2024 (Khamis)
• Disember – 18.12.2024 (Rabu)

 Bayaran Pencen 2024

PKKP 2024

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) untuk tempoh Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.

Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

photo 2024 02 14 19 25 17photo 2024 02 14 19 25 20

Semakan Penyata Tarikh Bayaran Pencen 2024

Boleh dapatkan ‘penyata pembayaran pencen’ dari pautan ini, https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran?fbclid=IwAR0B1brAVt3apadFtj8LwkX12RuQN3U6SLzD7-MzetIP8rhySNugoQH7wLw atau boleh dapatkan dari aplikasi MyPesara.

Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan kerajaan, KWAP telah dipertanggungjawab untuk mengambilalih fungsi prosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Inisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan prosesan pembayaran faedah persaraan yang lebih efisien kepada pesara.

Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan KWAP:

• Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
• Memproses bayaran faedah persaraan yang merang kumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
• Memproses penyelarasan pencen;
• Memproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;
• Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;
• Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
• Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

• JPA Pencen : http://www.jpapencen.gov.my/
• Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) : https://www.kwap.gov.my/my

Muat turun MyPesara melalui Apple App Store atau Google PlayStore di pautan berikut:

• MyPesara di App Store : https://apps.apple.com/us/app/mypesara/id917570980
• MyPesara Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpapencen.mypesara 

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Channel Telegram untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment