Bajet 2022: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat

Photo of author

By Admin

bjt22

Pada 29 Oktober 2021, Bajet 2022 telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YBM Tengku Dato Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan ada pelaksanaan program bantuan dan sokongan akan diteruskan untuk pemulihan daripada kesan jangka panjang pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi.

Rujuk intipati pembentangan Bajet 2022 dan senarai bantuan untuk rakyat.

image


Intipati Bajet 2022 Dan Senarai Bantuan Untuk Rakyat 

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM akan menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat untuk kategori isi keluarga yang berpendapatan kurang RM2,500 sebulan mengikut kategori berikut:

  • RM 2,000: Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM 1,500: Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM 1,000: Tidak mempunyai anak

Bantuan tambahan :

  • RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000
  • RM300 akan diagihkan kepada isi rumah kategori warga emas

2. Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 akan diagihkan kepada
murid-murid untuk memulakan persekolahan dengan lengkap dan meringankan perbelanjaan ibu bapa.

3. Diskaun PTPTN

Bayaran balik PTPTN bermula pada 1 November 2021 hingga 31 April 2022 akan diberikan diskaun mengikut kadar berikut:

  • 15% bagi penyelesaian penuh hutang
  • 12% bagi bayaran hutang melebihi 50% baki hutang
  • 10% bagi bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual


4. Program e-Start Belia

Golongan belia akan mendapat bantuan RM150 secara one-off dalam bentuk e-wallet/e-dompet

5. Bantuan Lesen Kenderaan Motor Golongan OKU

Tanggungan untuk kos lesen kenderaan bermotor akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU)


6. Program Subsidi Upah (PSU) Bersasar

Inisiatif PSU akan diteruskan khusus kepada mereka yang berada dalam industri pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan 30% atau lebih

7. Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding

Usahawan industri kecil dan sederhana layak untuk menerima bantuan sehingga RM 2,000 untuk aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.

Selain itu, baucar Shop Malaysia Online akan digalakkan di perniagaan dan tempat tarikan pelancong




8. Bonus Penjawat Dan Pesara Awam

Bantuan khas untuk semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah berjumlah RM700 dan pesara awam berjumlah RM350

9. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar (Guru)

Bantuan RM 100 secara one-off kepada semua guru sekolah di bawah KPM

10. Peranti Siswa Keluarga Malaysia

Pelajar IPT dalam golongan keluarga B40 akan diberikan sebuah tablet

11. mySalam

Skop program diperluas untuk perbelanjaan stent jantung. Selain itu, skim ini diperluas kepada penerima BKM dan manfaatnya akan diberikan kepada anak penerima yang layak.

12. Faedah Pencen Penakat PERKESO

Dalam Skim Keilatan, kadar pencen minimum telah dinaikkan kepada RM 550



Untuk informasi terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan dalam Bajet 2022, sila rujuk:

Leave a Comment