Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia Termasuk Kategori Bujang ~Rujuk Untuk Jumlah & Tarikh Pembayaran

Photo of author

By Admin

bntuan%2Bbjt22

Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan memaklumkan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia 2022 ini lebih fokus kepada beberapa kategori dan kumpulan sasar yang layak sehingga bantuan berjumlah RM2,500.

Jumlah pembayaran bantuan ini telah dinaikkan dimana sebelum ini berjumlah RM1,800 yang dilaksanakan pada Bantuan Prihatin Rakyat sebelum ini.


Jumlah Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 

Dalam pembentangan Belanjawan 2022, jumlah bantuan yang akan diagihakn adalah berdasarkan kepada tiga kategori seperti berikut:

  • RM2,000 untuk isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan berjumlah RM2,500 ke bawah sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit.
  • RM500 untuk ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan mempunyai pendapatan bulanan hingga RM5,000.
  • Bantuan tambahan berjumlah RM300 diberikan kepada isi rumah warga emas.




Bantuan Kategori Bujang 

Selepas pembentangan Bajet 2022, ramai individu ingin tahu pelaksanaan pemberian bantuan untuk kategori bujang disebabkan tidak diumumkan untuk bantuan kategori bujang dalam pembentangan semalam.

Oleh itu, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz memberi kenyataan terhadap pertanyaan tersebut dalam akaun rasmi beliau di platform Facebook.

Rujuk post di bawah:AVvXsEjgXVAmsxjD n9RVmvb0HL3HlBR2rnoxUMKigNKoJFOjuzWIQcn C4G3ifM5vIFFiOHikRf2uBLv1QbYaYAsttoZa5XCOdkOma5fPAt2pOfZ7Y5Tglk 5b6w8y3333q9td04vUsTsOCWrgju2u8nvHs9wp9 xWDamDvotkvqPxAkWSVaqgDdxV3K1 cHw=w640 h354

image
BANTUAN KATEGORI BUJANG TERMASUK DALAM BKM





Permohonan BKM 2022 

Kaedah untuk memohon BKM 2022 tidak diumumkan secara teliti lagi oleh pihak kerajaan dan dijangka akan dimaklumkan pada awal tahun 2022.

Seperti sebelum ini, hampir kesemua bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah berdasarkan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).





Tarikh Pembayaran 

Tarikh pembayaran bantuan untuk BKM 2022 akan diumumkan setelah semua pemohon iaitu individu atau keluarga yang layak dapat dikenal pasti dan diperoleh data mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang BKM 2022, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan ini : https://mof.gov.my/ms/.

Leave a Comment