E-Start 2022 : Program Bantuan E-Wallet Sebanyak RM150 ~Khas Untuk Belia & Pelajar IPT

Photo of author

By Admin

estart

Berita baik untuk golongan belia yang berumur 18 tahun sehigga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi. Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah mengumumkan program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Bantuan ini khas untuk belia umur 18-20 tahun dan pelajar IPT.

Rujuk perkongsian ini untuk info lanjut tentang Program e-Start yang memberi bantuan

e-Wallet berjumlah RM150.


image




Program bantuan ini memanfaatkan lebih 2 juta golongan belia dengan peruntukan dana berjumlah RM300 juta.

Golongan belia serta pelajar IPT yang layak akan mendapat bantuan e-wallet RM150 ini secara ‘one-off’ ke dalam e-wallet.

Bantuan berbentuk e-wallet ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti pembelian tanpa tunai dalam golongan belia supaya lebih selamat dan mudah.

Cara Memohon Program e-Start 

Cara untuk memohon bantuan e-wallet ini belum diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.



Dalam bantuan sebelum ini, kerajaan melaksanakan bantuan ini melalui aplikasi BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Namun, maklumat ini akan dikemaskini jika terdapat maklumat baru dari semasa ke semasa.

Pihak kerajaan sangat berharap dengan bantuan RM150 ini dapat meringankan kos perbelanjaan golongan belia terutamanya kepada pelajar IPT.

Leave a Comment