Dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa bantuan dan insentif untuk rakyat Malaysia seperti Bantuan Keluarga Malaysia dan banyak lagi.
Rujuk informasi ini untuk senarai bantuan oleh pihak kerajaan pada bulan November ini.
Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Bulan November 2021
1. Bantuan BKC Fasa 2
Bantuan BKC ada 3 fasa pembayaran. Pembayaran fasa 1 telah diagihkan pada bulan September yang lalu.
Untuk BKC Fasa 2, bayaran akan diagihkan pada bulan ini.
Rujuk jumlah bantuan mengikut kategori di bawah :
- Miskin Tegar (Isi Rumah), bantuan berjumlah RM500
- Miskin Tergar (Warga Emas), bantuan berjumlah RM300
- Miskin Tegar (Bujang), bantuan berjumlah RM300
2. i-Citra
i-Citra adalah inisiatif daripada kerajaan untuk tujuan pengeluaran wang simpanan KWSP.
Ahli KWSP akan menerima RM1,000 setiap bulan sehingga tamat tempoh permohonan.
Untuk bulan November, pembayaran diagihkan pada 1 November.
3. GKP 4.0 Fasa 2
Geran Khas Prihatin 4.0 adalah bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 khas untuk PKS Mikro.
Pembayaran Fasa 1 telah dibayar pada bulan September, dan baki iaitu RM500 akan dibayar pada bulan November ini.
Tarikh pembayaran untuk GKP 4.0 Fasa 2 akan diumumkan dalam masa terdekat.
4. Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0
MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) ada menyediakan bantuan khas untuk PKS bertujuan untuk membantu asnaf dalam memulakan perniagaan.
Tarikh tutup memohon bantuan ini adalah pada 18 November 2021.
Jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM3,000.
Senarai Bantuan Yang Lain
1. Program Prihatin Kasih
Bantuan ini adalah untuk kategori B40 dan akan menerima elaun untuk beli barang makanan asas di lebih 300 rantaian kedai dan pasaraya hanya dengan menggunakan Mykad anda.
Bantuan ini berjumlah RM100 sebulan untuk 3 bulan.
2. Bakul Prihatin Negara
Setiap keluarga yang layak akan diberikan satu bakul makanan yang memiliki barang-barang asas makanan.
Bakul makanan tersebut ada 8 barang iaitu beras, gula, tepung, bihun, kicap, sardin, biskut dan kopi.
3. Bantuan Orang Tua
Bantuan secara tunai ini khas untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
Anda perlu memohon dengan mengisi borang dan serahkan borang tersebut ke Pejabat JKM yang berdekatan.
Bantuan ini berjumlah RM500 untuk sebulan.