Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam & Pesara 2024

Photo of author

By Admin

Bantuan Khas Aidilfitri -Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, bantuan kewangan RM250 pula buat pesara berpencen dan tidak berpencen.

Anwar berkata, pemberian bantuan khas itu susulan maklum balas penjawat awam di ketika kunjungannya ke beberapa negeri baru-baru ini.

432924489 995816491899918 3218095395441968232 n
Perdana Menteri umum Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam tahun 2024 pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri

Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa. 👉KLIK SINI👈

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan.

Pengumuman pemberian bantuan ini adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Bantuan Khas Aidilfitri

Anda Mungkin Berminat :

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2024.

Menurut Perdana Menteri, pihak Perbendaharaan telah dimaklumkan supaya bantuan khas disalurkan mulai Jumaat ini, (5 April 2024).

Pada 23 Feb lalu, penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, menerima bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula disalurkan Rabu ini, 3 April 2024.

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Bantuan khas kewangan Aidil Fitri membabitkan:

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

InsyaAllah bantuan ini akan disalurkan seawal 5 April ini. Moga ia bermanfaat.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment