Permohonan Bantuan Lesen Percuma Tahun 2024-Mohon Segera

Photo of author

By Admin

Permohonan Bantuan Lesen Percuma Tahun 2024-Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, dipohon tuan/puan untuk mengisi borang penyertaan ini.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi. Berikut kami kongsikan syarat dan cara mohon Bantuan Lesen B2 Tahun 2024. Permohonan adalah terhad!

Sila join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈

Bantuan Lesen B2 Percuma Tahun 2024

Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen tahun 2024 adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dari seluruh negara. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal secara percuma.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan.

Program MyLesen kali ini terhad kepada 35,000 orang dan tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota dipenuhi.

Tengah Trending :

Impak Program Bantuan Lesen B2 Percuma 2024

• Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
• Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
• Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

KUOTA 35,000 PESERTA !!!

Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Percuma Tahun 2024

Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:

• Warganegara Malaysia
• Berumur 16 tahun ke atas
• Sihat tubuh badan dan mental
• Belum memiliki sebarang lesen memandu
• Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
• Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
• Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

bantuan lesen

Borang Pendaftaran Online Bantuan Lesen Percuma B2

Untuk mendaftar sila scan QR code dalam poster di bawah atu klik “MOHON SEKARANG” melalui pautan yang disediakan:

MOHON DISINI

mylesen b2 jpj 2

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan di alamat e-mel : [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.

• Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia :
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/
• Twitter: JPJ_Malaysia :
https://twitter.com/jpj_malaysia
• Instagram: JPJMalaysia :
https://www.instagram.com/jpjmalaysia

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Program My Lesen B2 Tahun 2024?

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi
memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program My Lesen B2 Tahun 2024?
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan
dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas
B2.

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program My Lesen B2 Tahun 2024?
Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Dimanakah calon boleh membuat pendaftaran bagi Program My Lesen B2 Tahun 2024?
Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan atau Kod QR seperti
dibawah:

photo 2023 12 12 01 32 02

Apakah syarat kelayakan peserta bagi permohonan Program MyLesen B2 Tahun
2024?
Syarat-syarat Peserta:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur 16 tahun dan ke atas;
c) Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
d) Sihat fizikal dan mental;
e) Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
f) Belum memiliki sebarang lesen memandu.

Berapakah kos bayaran bagi Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program My Lesen B2 Tahun 2024?
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ

Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?
Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja. Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.

Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?
Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain. Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.

Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLesen B2 Tahun 2024 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?
Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang telah ditetapkan iaitu November 2024.

Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi Program My Lesen B2 Tahun 2024?
Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?
Tidak. Namun peserta perlu membuat pengesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.

Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?
OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan sahaja seperti yang berikut:
a) Pendengaran;
b) Pertuturan; atau
c) Pembelajaran. dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya).

Sekiranya terdapat sebarang persoalan Berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini, apakah sumber yang boleh dirujuk?
Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 boleh dikemukakan kepada [email protected] atau 03 – 8892 8714/8693.

FAQ BANTUAN LESEN

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment