eMADANI MAE : Ramai Mengadu eMADANI MAE Tidak Dapat Kredit. Ini Mungkin Penyelesaiannya

Photo of author

By Admin

eMADANI MAE-Maybank kini memaklumkan kredit eMADANI RM100 di aplikasi MAE sudah boleh digunakan. Namun, timbul pula isu pemohon yang membuat tuntutan melalui MAE gagal menggunakan kredit tersebut untuk melakukan pembayaran di pasar raya, kedai runcit dan sebagainya.

Sehingga kini, belum ada penjelasan rasmi daripada pihak Maybank berhubung perkara ini atau cara yang tepat untuk menggunakan eMadani MAE ini.

Dalam perkembangan terbaharu, pengguna MAE disarankan untuk menangguhkan dahulu pembayaran menggunakan kredit eMADANI di aplikasi itu. Berikut disediakan beberapa info berkaitan MAE eMadani.

mae madani 2

Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈

Masalah eMADANI MAE Tidak Dapat Digunakan

Seperti diketahui, kredit RM100 eMADANI telah pun boleh dituntut bermula 4 Disember 2023. Bagi permohonan yang berjaya, rata-ratanya sudah mula ingin menggunakan kredit tersebut untuk membuat pembelian tertentu.

Namun, timbul pula isu pemohon yang membuat tuntutan melalui MAE gagal menggunakan kredit tersebut untuk melakukan pembayaran di pasar raya, kedai runcit dan sebagainya.

Maybank kini memaklumkan kredit eMADANI di aplikasi MAE sudah boleh digunakan. Namun, pastikan toggle eMADANI tersedia sebelum pembayaran dibuat, bagi mengelakkan pembayaran ditolak pada baki MAE Wallet.

Dalam perkembangan terbaharu, pengguna MAE disarankan untuk menangguhkan dahulu pembayaran menggunakan kredit eMADANI di aplikasi itu.

Akan tetapi, disediakan penyelesaian sementara untuk menggunakan kredit eMADANI di aplikasi MAE, sekurang- kurangnya sehingga artikel ini ditulis.

Cara Lain Menggunakan eMADANI MAE

Seperti diketahui, kredit RM100 eMADANI telah pun boleh dituntut bermula 4 Disember 2023. Bagi permohonan yang berjaya, rata-ratanya sudah mula ingin menggunakan kredit tersebut untuk membuat pembelian tertentu.

Tidak seperti TNG eWallet yang boleh digunakan secara ‘direct’, diperhatikan ketika ini penggunaan eMADANI di aplikasi MAE berfungsi seperti ‘cashback’.

Bermakna, MAE Wallet perlu mempunyai baki sekurang-kurangnya nilai yang ingin dibelanjakan. Lebih mudah, pindahkan RM100 daripada akaun utama atau mana- mana akaun ke MAE Wallet.

Setelah itu, anda boleh melakukan pembayaran dengan klik ikon “eMADANI” dan “Use eMADANI“. Pembayaran yang dibuat akan ditolak daripada kredit eMADANI.

mae madani 6mae madani 7

Dalam erti kata lain, pastikan setiap transaksi yang ingin menggunakan kredit eMADANI tidak melebihi baki yang tersedia dalam MAE Wallet.

Sebagai contoh, jika mahu membuat pembayaran sebanyak RM51 menggunakan kredit eMADANI, MAE Wallet juga perlu mempunyai baki yang tidak kurang daripada itu.

Setelah pembayaran dibuat, ia akan ditolak daripada kredit eMADANI. Sementara baki MAE Wallet tidak terjejas dan akan dikekalkan seperti sebelumnya.

Bagi yang mempunyai akaun Maybank, tetapkan MAE Wallet sebagai “Primary Account” terlebih dahulu. Ianya boleh dilakukan di halaman utama dengan klik pada “View All Account” > pilih akaun MAE Wallet dan “Set as Primary” di bahagian “Manage”.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

• MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
• Setel: Emel ke [email protected]
• ShopeePay: +603-2777 9222
• Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Kredit : Wiser.my

Leave a Comment