Pada pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri sebentar tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat COVID-19 untuk memberi bantuan kepada kehidupan rakyat.
PM baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi yang disiarkan secara langsung sebentar tadi,
Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.
Antara Senarai Bantuan Prihatin Nasional
1. Bantuan Kepada Golongan B40
Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah. RM1,000 akan dibayar pada April baki akan dibayar Mei 2020.
Buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000.
3. Bantuan Kepada Golongan Bujang
RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.
4. Bantuan Kepada Pelajar IPT
para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.