Kita semua tahu yang wabak COVID-19 yang melanda negara kita telah banyak menyusahkan rakyat Malaysia terutamanya dari segi kewangan. Oleh dengan itu,Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan Bantuan Pakej Rangsangan bagi meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak yang tidak diingini ini.
Kerajaan memperuntukkan bantuan one-off RM500 kepada 1.5 juta kepada pemandu ehailing.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebentar tadi.
Pada masa sama, pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan turut diambil kira.
Katanya, beliau juga tahu pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Bagi meringankan beban mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.”
“Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020,” katanya. – SM
Sumber : Berita Harian, Suara Merdeka