Pada petang tadi, PM telah bersiaran secara langsung dan telah mengumumkan beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi untuk meringankan beban rakyat semasa PKP. Dalam pengumuman itu Perdana Menteri sekaligus turut menyentuh penawaran dalam industri telekomunikasi dan multimedia.
Dalam pada itu, Kerajaan mengumumkan beberapa pakej khas membabitkan pemberian internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi, bermula 1 April depan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pakej khas bernilai RM600 juta dan telah membuat kerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi yang akan ditawarkan kepada pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) berakhir.
“Tambahan RM400 juta juga akan dilaburkan bagi meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di sini, hari ini.
Hi