Khabar baik buat ibu-ibu yang bersalin pada tahun 2020, anda bakal menerima bantuan sebanyak RM450 bagi setiap ibu yang bersalin bermula pada 1 Januari 2020.
YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).
Syarat-Syarat Kelayakan :
- Warganegara Malaysia;
- Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
- Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.
Cara Memohon BIB :
1. Untuk permohonan secara online boleh klik sini
- isikan dahulu e-mel anda dan seterusnya tekan next untuk langkah mengisi maklumat yang diperlukan
2. Manual melalui borang permohonan, sila Borang
3. Borang permohonan juga boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK
- Penghantaran Borang Permohonan boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK (Dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi)
Peringatan :
- Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020;
- Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin;
- Sila rujuk carta aliran permohonan BIB : Carta Aliran
- Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual;
Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, KWKPK berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.