Bagi ahli yang sudah memohon i-Lestari dan Lulus permohonan, bayaran untuk bulan pertama akan dikreditkan untuk kedalam akaun bank pemohon bermula pada 4 Mei 2020 dan bulan kedua pada 1 Jun 2020.
Berikut merupakan tarikh kredit pembayaran yang diterima oleh pencarum:
Manakala untuk pembayaran Julai akan mula dikreditkan ke akaun mengikut pada tarikh pembayaran yang ditetapkan oleh KWSP. Pemohon boleh memeriksa status pengeluaran apabila bayaran dikreditkan ke akaun anda.
Pengeluaran i-Lestari
Kita mungkin sudah tahu bahawa konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah melalui pengeluaran daripada Akaun 2 sahaja.
Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Contoh Situasi :
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari
Permohonan pengeluaran i-Lestari yang telah lulus boleh dibuat secara online melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana berikut:
Isi Borang Pengeuaran i-Lestari Secara Online
1. Layari KWSP online. Klik permohonan baru.
2. Masukkan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon bimbit, alamat e-mel (jika ada) dan alamat surat menyurat.