Bantuan Tambahan RM1000-Tahukan anda yang kamu boleh menuntut bantuan tambahan RM1000 terutamanya bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bantuan tambahan ini dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK) yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) dan juga Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi yang tidak tahu, bantuan ini boleh dituntut sekiranya berlaku kematian ke atas penerima STR ataupun pasangan penerima yang telah meninggal dunia. Sila ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan bantuan tambahan STR RM1,000. Semoga bermanfaat.
Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈
Bantuan Tambahan RM1000 Penerima STR
Bantuan tambahan RM1000 buat penerima STR adalah Skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Khairat Kematian. Skim ini merupakan bantuan pengurusan kematian.
Ia merupakan program yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga penerima STR Fasa 4. Skim ini boleh dimohon bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menanggung kos pengkebumian dan pengurusan jenazah.
Tengah Trending :
- Gaji Pekerja Naik 5.1% Pada Tahun 2024 Menurut Kajian Mercer
- Pengeluaran KWSP Bersasar Minimum RM3,000 Kini Dibenarkan
- Bantuan RM100 Dikreditkan Kedalam MyKad Setiap Bulan-Semak Segera
Kategori Yang Layak Bantuan Tambahan RM1000
Mereka yang layak menerima RM1000 tambahan ini adalah waris kepada penerima STR. Menurut Lembaga Hasil dalam Negeri(LHDN), waris layak menuntut RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2023.
Nota : Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang Skim Khairat Kematian(SKK) atau RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.
Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
1. Pasangan
2. Ibu
3. Bapa
4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
5. Adik-beradik
6. Cucu
Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walaubagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu dibawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Dokumen yang diperlukan untuk tuntut Bantuan Tambahan RM1000
Kepada ahli waris penerima STR, anda perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk membuat tuntutan RM1000 :
• Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
• Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
• Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.
Semakan Status STR
Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.