Bayaran Bantuan MyKasih Bulan Mei 2024
Bagi meningkatkan taraf ekonomi golongan yang paling terdedah dengan kemiskinan, program bantuan Mykasih akan diteruskan pada Mei tahun ini dengan jumlah RM100.
Bantuan ini akan terus disalurkan oleh Kerajaan Malaysia kepada 700,000 penerima yang telah disahkan kelayakan untuk bulan Mei ini.
Kerajaan telah memperkenal bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima STR yang layak dan sebagai bantuan tambahan.
Bagaimana untuk menyemak status sokongan mykasih rm100 mei? Sila ikuti perkongsian yang kami kongsikan dibawah.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Tarikh Pengkreditan Bantuan Mykasih Bulan Mei 2024
Kerajaan mengumumkan tarikh kemasukkan bantuan Mykasih RM100 seperti berikut:
- Bermula pada 1 Mei 2024 (Rabu)
Kadar Bantuan Kategori Penerima MyKasih Bulan Mei
Pada bulan Mei, setiap penerima akan menerima kadar bantuan Mykasih yang berbeza mengikut kategori berikut:
- Isi rumah keluarga RM100
- Warga emas RM100
- Bujang RM50
Artikel berkaitan: Jadual Bayaran STR Fasa 3 2024: Tarikh & Jumlah Bayaran
Kaedah Pengagihan Bantuan Mykasih
Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.
Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.
Bantuan Mykasih akan diagihkan:
- Bantuan Mykasih akan diagihkan melalui ewallet kad pengenalan penerima.
Semakan Bantuan Mykasih Mei 2024
Berikut adalah langkah lengkap untuk semak status penerima bantuan RM100 Mykasih pada Mei 2024:
Sila ikuti langkah dibawah step by step
- Layari pautan rasmi MyKasih https://mykasih.com.my/
- Sila layari laman web rasmi Mykasih; atau klik link di atas.
- Pada halaman utama Mykasih, klik [SEMAK STATUS].
- Anda kemudiannya akan dibawa ke bahagian “Semak Status”.
- Sila masukkan nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh: 83XXXXXXXXXXXX
- Kemudian tekan [Semak Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
Anda mungkin berminat: Program Bantuan Latihan Perantis BLP RM200
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us