Program Bantuan Latihan Perantis BLP RM200
Kerajaan telah membuat satu inisiatif Bantuan Khas RM200 sebulan melalui Program Bantuan Latihan Perantis (BLP) dari JKM untuk membantu pelatih dan penghuni institusi kebajikan di Malaysia.
Program Bantuan Latihan Perantis (BLP) yang diperkenalkan pada tahun ini di bawah Belanjawan 2024, bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia yang memerlukan.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Bantuan Latihan Perantis BLP RM200
Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja
Program ini telah dirancang khusus untuk memberikan sokongan kewangan sebanyak RM200 sebulan kepada individu yang layak di seluruh Malaysia.
Ini adalah usaha untuk membantu mereka memperoleh kemahiran melalui latihan sambil bekerja, meningkatkan potensi mendapatkan pekerjaan dan mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan rakyat.
Anda mungkin berminat: Jadual Bayaran STR Fasa 3 2024: Tarikh & Jumlah Bayaran
Senarai Penerima Bantuan Latihan Perantis BLP RM200
Penerima yang layak untuk terima bantuan khas (BLP) ini adalah untuk:
- Anak-anak klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),
- Penerima bantuan JKM,
- Mereka yang sedang menganggur,
- Bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan,
- Mereka yang berada di bawah perintah khidmat masyarakat, dan
- Kes-kes seliaan akhlak.
Kadar Bantuan
Kadar bayaran untuk Bantuan Latihan Perantis (BLP):
- RM200 sebulan seorang
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Latihan Perantis BLP RM200
Calon yang layak untuk menerima bantuan ini mestilah:
- Warganegara Malaysia.
- Terlibat secara langsung sebagai penerima bantuan dari mana-mana institusi kebajikan atau telah menyertai program pembinaan karakter dan kemasyarakatan yang diiktiraf.
Cara Mohon Bantuan Latihan Perantis BLP RM200
Permohonan untuk bantuan ini boleh dibuat sepanjang tahun, memudahkan mereka yang layak untuk mendapatkan manfaat tersebut secara berterusan. Untuk memohon;
1. Layari portal rasmi bantuan BLP 2024.
2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan lampirkan dokumen yang diperlukan. Dokumen penting yang perlu disediakan termasuk:
- Salinan kad pengenalan.
- Dokumen lain yang menyokong jenis bantuan yang dimohon.
Proses Penilaian Permohonan
Setiap permohonan akan dinilai secara teliti untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan. Ini adalah selaras dengan prinsip pemberian bantuan berdasarkan keperluan dan kelayakan.
Semak Status Permohonan
Untuk menyemak status bantuan melalui eBantuan JKM, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web eBantuan JKM.
- Carian butang “Semakan Status Permohonan”.
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
- Tekan butang “Semak”.
- Status permohonan akan dipaparkan, termasuk maklumat berkaitan dengan bantuan yang telah dipohon atau diluluskan oleh JKM.
Dengan langkah-langkah mudah ini, anda dapat menyemak status bantuan anda dengan cepat dan mudah melalui platform eBantuan JKM.
Informasi Tambahan
Kerajaan Perpaduan telah melancarkan banyak jenis kemudahan dan inisiatif khusus untuk meringankan beban rakyat. Anda boleh menyemak senarai lengkap insentif dan bantuan yang disediakan untuk tahun ini Portal Rasmi Bantuan.
Program BLP ini adalah salah satu daripada banyak usaha kerajaan untuk memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat, serta membantu rakyat dengan menyediakan lebih banyak peluang untuk pendidikan dan pembangunan kerjaya.
Artikel berkaitan: Purata Gaji Rakyat Malaysia Hanya Naik RM56 Setahun
Borang Permohonan
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Anda boleh muat turun borang permohonan bantuan BLP di laman JKM, rujuk pautan dibawah:
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan khas RM200 Program Bantuan Latihan Perantis (BLP), sila layari Laman Rasmi BLP (https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=SnBhRGJjYVdIc1lodEJsZE51ekxtUT09)