Purata Gaji Rakyat Malaysia Hanya Naik RM56 Setahun
Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya mendedahkan, tiada perubahan ketara berlaku dalam tempoh 10 tahun iaitu antara 2010 hingga 2019 yang melibatkan kategori 50 peratus terbawah Negara.
Ketua Pegawai Eksekutif THE FUTURE, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari mengulas laporan KRI yang mendedahkan gaji pekerja di Malaysia tidak tumbuh dengan signifikan dalam tempoh 10 tahun lalu.
Berdasarkan laporan bertajuk The Financialization of our Lives: Values and Trade-Offs, pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
Kajian itu menekankan bahawa sebarang kemajuan dalam pertumbuhan gaji dari 1995 hingga 2019 adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh pengenalan kadar baharu gaji minimum.
“Sekiranya tiada langkah sedemikian, pasaran buruh gagal menyediakan sebahagian besar tenaga kerja dengan taraf hidup yang bermaruah.
“Pertumbuhan gaji sebenar bagi golongan 50 peratus kebawah adalah kekal kecil, walaupun selepas mengambil kira kesan gaji minimum.
“Ini menggariskan cabaran yang dihadapi oleh sebahagian besar tenaga kerja Malaysia dalam mencapai kestabilan kewangan,” memetik laporan itu.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Laporan Purata Gaji Rakyat Malaysia
Selain itu, laporan itu mengkaji kesejahteraan isi rumah melalui corak perbelanjaan di mana ia menunjukkan bahawa 70 peratus isi rumah, merangkumi golongan berpendapatan bawah hingga sederhana, telah berbelanja terutamanya untuk keperluan asas dan bukannya barangan yang dimahukan (aspirational goods) sepanjang tujuh tahun yang lalu.
“Isi rumah dalam kumpulan pendapatan 10 peratus terendah (D1) menyaksikan peningkatan bantuan kebajikan sebanyak dua kali iaitu antara 2009-2014 dan 2016-2019.
“Bagaimanapun, peningkatan penggunaan mereka terhad kepada keperluan penting seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah,” menurut laporan itu.
Dalam masa sama, laporan itu turut mendedahkan isi rumah berpendapatan sederhana (D3-6) menunjukkan corak penggunaan yang stabil, dengan sedikit kepelbagaian dalam barangan makanan dan perkakas rumah.
Sebaliknya, 30 peratus isi rumah teratas (D7-10) secara konsisten mendapatkan barangan dan perkhidmatan mewah serta berkualiti tinggi, sekali gus menunjukkan kapasiti ekonomi mereka yang semakin baik.
Perbelanjaan mereka (D7-10) untuk makanan berkurangan, manakala pelaburan dalam perumahan, penjagaan kesihatan dan aktiviti rekreasi meningkat, mencerminkan gaya hidup yang berorientasikan kepada peningkatan kualiti hidup.
Artikel berkaitan:
- Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) & Kenaikkan Gaji Tahunan Penjawat Awam (SPA)
- E-KYC KWSP: Pengeluaran KWSP RM250 Sehari
Kajian Purata Gaji Rakyat Malaysia
Kajian itu memberi amaran bahawa isi rumah mewah terus memperoleh sebahagian besar kredit, mendapat manfaat daripada keupayaan untuk melabur atau menampung keperluan kewangan jangka pendek pada kos yang rendah.
Sebaliknya, dasar yang memperluaskan hutang kepada isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah mengakibatkan beban hutang yang tidak seimbang, terutamanya apabila hutang tersebut ditanggung untuk mengekalkan taraf hidup asas.
Penafian
Kami bukаnlаh wаkіl mana-mana аgеnѕі kerajaan. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа website rаѕmі kerajaan. Mоhоn rujuk pautan аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lebih lеngkар.
Maklumat уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn info semasa atau bаntuаn tahunan bеrulаng.
Info lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе semasa. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі channel tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dan kеrjауа.
Kredit: Bungaraya.my