Cuti Tanpa Gaji (CTG) JPA: Syarat, Cara Mohon & Borang

Photo of author

By Admin

Cuti Tanpa Gaji (CTG) JPA: Syarat, Cara Mohon & Borang

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis cuti yang diberikan kepada penjawat awam antaranya Cuti Tanpa Rekod (CTR), Cuti Tanpa Gaji (CTG), Cuti Separuh Gaji (CSG), Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji dan Tanpa Gaji), Cuti Rehat dan lain-lain lagi mengikut syarat.

Bagi penjawat awam, anda mungkin pernah dengar istilah-istilah ini memandangkan ini merupakan antara kemudahan yang diberikan oleh pihak JPA atau Kerajaan Negeri (bagi yang bekerja dengan kerajaan Negeri)

jpa

Berikut kami kongsikan info-info penting terutamanya kepada penjawat awam tentang tatacara memohon Cuti Tanpa Gaji (CTG). Share artikel ini jika anda rasa ianya bermanfaat.

Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Cuti Tanpa Gaji (CTG)

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), terdapat pelbagai jenis cuti yang diberikan kepada penjawat awam antarnaya Cuti Tanpa Rekod (CTR), Cuti Tanpa Gaji (CTG), Cuti Separuh Gaji (CSG), Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji dan Tanpa Gaji), Cuti Rehat dan lain-lain lagi di mana setiap satunya mempunyai syarat masing-masing.

Bagi penjawat awam, anda mungkin pernah dengar istilah-istilah ini memandangkan ini merupakan antara kemudahan yang diberikan oleh pihak JPA atau Kerajaan Negeri (bagi yang bekerja dengan kerajaan Negeri)

photo 2024 04 23 00 11 39

Anda Mungkin Berminat : Pengambilan Terbuka PDRM Ambilan April 2024. Minima Kelayakan PMR/PT3

Contoh Cuti Tanpa Gaji

Berikut merupakan antara contoh sebab atau kes yang menyebabkan seseorang pekerja itu mengambil Cuti Tanpa Gaji:

  • Mengikut pasangan yang bertugas di luar negara
  • Menjaga anak yang dilahirkan
  • MMenjaga anak sakit yang memerlukan penjagaan rapi
  • Menjaga anak OKU
  • Pasangan yang sakit dan memerlukan bantuan penjagaan
  • Berkursus
  • Sakit berlanjutan seperti barah atau kanser

Syarat permohonan Cuti Tanpa Gaji

Berikut merupakan syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh seseorang pemohon bagi membolehken permohonan mereka dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan masing-masing:

  1. Syarat minimum layak memohon CTG di dalam atau di luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan;
  2. Pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan sebelum mengambil CTG;
  3. Baki CTG yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan;
  4. CTG hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan; dan
  5. Kadar CTG adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.

Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan (Tanpa Gaji), Cuti Bersalin Tanpa Gaji dan Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji) tidak menjejaskan peruntukkan kadar kelayakan CTG di bawah Perintah Am 14 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CTG hanya diperuntukkan atas sebab urusan persendirian yang mustahak.

Syarat-syarat di atas adalah syarat Jabatan Perkhidmatan Awam bagi penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan sahaja.

Bagi individu yang bekerja dengan kerajaan Negeri, sila rujuk dengan Ketua Jabatan masing-masing mengenai syarat permohonna CTG ini.

Baca Juga : Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 & Bonus

Cara Mohon Cuti Tanpa Gaji

borang ctg ss

Permohonan untuk CTG perlulah dibuat kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk dipertimbangkan.
Permohonan perlulah dihantar 2 bulan sebelum mula CTG.

Berikut merupakan contoh borang permohonan CTG. Sila rujuk dengan Jabatan masing-masing sekiranya terdapat borang yang lebih baruuntuk digunakan.

Download Borang : Borang-Permohonan-CTG

Pastinya anda turut melampirkan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan dalam senarai semak di atas.

Borang permohonan di atas adalah untuk digunakan oleh penjawat awam dibawah kerajaan Persekutuan yang diuruskakn oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bagi penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan Negeri, borang yang digunakan adalah berlainan.

Leave a Comment