eBantuan JKM: Semakan Bantuan JKM Online 2024

Photo of author

By Admin

eBantuan JKM: Semakan Bantuan JKM Online 2024

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Pelaksanaan bantuan bulanan JKM ini telah sedia ada sejak dulu lagi dan masih diteruskan sehingga tahun ini.
Bantuan kewangan ini disediakan oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2024 dan bertujuan membantu golongan yang memerlukan.

Berikut kami kongsikan beberapa info penting berkaitan dengan bantuan JKM untuk bulan Jun yang akan diberikan. Semoga bermanfaat.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

eBantuan JKM: Syarat Kelayakan Bantuan Bulanan JKM

Kriteria umum kelayakan untuk bantuan JKM adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan Isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) – pendapatan purata isi rumah yang ditetapkan
  • Golongan yang memerlukan diprioritaskan, khususnya yang kurang berkemampuan dari segi kewangan

Artikel Berkaitan: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA Jun 2024

Cara Semak eBantuan JKM

Ketahui cara untuk semak bantuan JKM secara online dengan pantas dan mudah. Ikuti langkah-langkah ini untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat tentang bantuan anda melalui portal eBantuan JKM.

Pembayaran bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh disemak secara online dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

1. Akses Portal eBantuan JKM:

  • Layari portal rasmi eBantuan JKM menggunakan pautan ini: eBantuan JKM. Portal ini merupakan platform rasmi yang disediakan oleh JKM bagi memudahkan semakan bantuan.

2. Log Masuk Atau Daftar Akaun Baru (jika diperlukan):

  • Jika anda belum mempunyai akaun, daftar terlebih dahulu dengan mengisi maklumat pendaftaran yang diperlukan.
  • Jika anda sudah memiliki akaun, masukkan maklumat log masuk anda.

3. Masukkan Maklumat Yang Diperlukan untuk Semakan:

  • Setelah berjaya log masuk, masukkan maklumat yang diminta bagi melakukan semakan. Ini biasanya termasuk nombor MyKad dan mungkin sekali kriteria tambahan yang diperlukan oleh sistem.

4. Pilih Jenis Bantuan Untuk Disemak:

  • Pilih jenis bantuan JKM yang anda ingin periksa statusnya.

5. Klik Butang Semakan:

  • Klik pada butang semakan atau carian untuk mendapatkan status bantuan anda.

6. Keputusan Semakan:

  • Status pembayaran atau keputusan semakan bantuan akan dipaparkan. Anda boleh melihat sama ada permohonan bantuan telah diluluskan, dalam proses kelulusan, atau memerlukan tindakan susulan.

7. Maklumat Tambahan:

  • Anda mungkin juga dapat mengakses butiran pembayaran bantuan, seperti jumlah yang diberikan, tarikh pembayaran, dan lain-lain maklumat berkaitan bantuan.

8. Hubungi JKM untuk Bantuan:

  • Jika terdapat sebarang kekeliruan atau pertanyaan, anda boleh menghubungi JKM melalui saluran komunikasi yang disediakan dalam portal tersebut untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

Borang Berkaitan

JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)

  • BORANG_PERMOHONAN_JKM_18.pdf [DOWNLOAD]

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

Jenis-Jenis Bantuan Disediakan oleh JKM

JKM menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada komuniti, termasuk:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

Setiap satu daripada bantuan ini direka untuk memenuhi keperluan tertentu dalam komuniti, mengurangkan beban kehidupan dan juga memberikan sokongan kritikal kepada yang memerlukan.

Cara Semakan Tarikh Bayaran eBantuan JKM 2024 Melalui Portal eMaklum

eMaklum merupakan sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan. Mudah saja cara nak buat semakan untuk bayaran bulanan anda setiap bulan sebab tak perlukan sebarang pendaftaran.

Cara nak buat semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
  2. Masukkan nombor IC anda.
  3. Pilih tarikh semakan.
  4. Tekan semak.
  5. Bayaran yang diterima akan dipaparkan. Boleh klik pada perincian untuk tengok detail.

*Rujuk panduan semakan bayaran bantuan JKM 2023 melalui panduan gambar di bawah:

LANGKAH 1

Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/

photo 2024 06 06 21 47 32

LANGKAH 2

Masuk kan no IC dan no akaun.

Lepas tu pilih tarikh, contohnya 1/1/22-7/1/22.

photo 2024 06 06 21 47 34

LANGKAH 3

Nak tengok perincian dan download resit boleh tekan dekat situ.

photo 2024 06 06 21 47 36

Baca Juga: Perodua EV: Perodua Lancar EV Pertama Harga Bermula RM50,000

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bantuan yang disediakan oleh JKM atau untuk membuat semakan mengenai bantuan, anda boleh menghubungi JKM melalui nombor telefon yang disediakan. Ini adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan bantuan dan maklumat terkini secara langsung daripada sumber yang sah.

JKM terus berkomitmen untuk menyediakan sokongan dan perkhidmatan kebajikan yang komprehensif bagi mereka yang memerlukannya di Malaysia, memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dalam menerima bantuan yang mereka perlukan.

Leave a Comment