eMADANI RM100 : Ramai Tidak Dapat Tebus. Ini Cara Selesaikannya

Photo of author

By Admin

eMADANI RM100-Seperti yang kita tahu, pada hari ini banyak yang telah menebus tawaran kredit RM100 eMADANI, namun begitu, ramai yang tertanya-tanya kenapa dan sebab mengapa permohonan tidak lulus ataupun tidak berjaya.

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menebus bermula pada 4 Disember 2023 dari jam 8 pagi hingga 20 Februari 2024 pada 11.59 malam

Tawaran kredit tersebut tidak akan diberikan dalam bentuk tunai; sebaliknya, rakyat perlu menggunakan perkhidmatan e-dompet untuk menuntut tawaran kredit eMADANI.

Join Telegram Rasmi untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈

Syarat Kelayakan Bantuan eMadani RM100

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan Program eMadani :

1. Warganegara Malaysia; dan
2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Selain itu, tawaran kredit ini juga tidak boleh ditebus jika anda adalah penerima eBeliaRahmah kerana program sebelum ini hanya ditumpukan kepada golongan belia.

cara mohon emadani

Tempoh Claim Bantuan eMadani

Untuk makluman rakyat Malaysia adalah tarikh pendaftaran penebusan adalah bermula pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Tempoh untuk tuntutan dan juga membuat perubahan adalah sama di antara 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Mengapa Tuntutan eMadani Tidak Berjaya?

Terdapat beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntutan anda tidak berjaya:

• Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
• Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
• Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
• Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
• Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
• Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.

tidak layak tng

Ramai Tidak Layak Bantuan Kredit eMADANI

Salah satu sebab ramai yang tidak layak untuk bantuan kredit Emadani RM100 ini adalah kerana tidak buat LHDN Tax Filing.

Tahukah anda walaupun gaji anda tak layak dikenakn cukai, anda masih perlu isi eFiling untuk ‘declare’ pada LHDN untuk menyatakan yang gaji anda memang tak layak untuk dikenakan cukai. Jadi jangan ambil remeh, nanti ada masalah masa bila nak keluarkan KWSP.

eMadani Tidak Lulus

Cara Buat eFiling LHDN

Berikut adalah cara-cara untuk buat LHDN Tax Filing (eFiling) bagi yang tidak layak untuk Bantuan Kredit eMADANI. Sila rujuk video tersebut :

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

• MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
• Setel: Emel ke [email protected]
• ShopeePay: +603-2777 9222
• Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment