Jadual Bayaran STR 2024 : Tarikh Bayaran STR 2024 Bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4

Photo of author

By Admin

Jadual Bayaran STR 2024-Baru-baru ini Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula 29 Januari 2024.

Kepada penerima STR untuk tahun 2024 anda perlu tahu jadual pembayaran bantuan STR bagi memudahkan penerima untuk melakukan perancangan perbelanjaan menggunakan wang bantuan yang bakal diterima.

Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024.

Walau bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.

Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈

Jadual Bayaran STR 2024 Fasa 1

Mulai Isnin, 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Penerima bayaran STR 2024 Fasa 1 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.

Nota: Jadual dan tarikh STR Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan.

photo 2024 02 01 15 22 24

Tengah Trending :

Jumlah Bantuan STR 2024 Mengikut Fasa

Bagi bayaran STR Fasa 1 ini, Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu.

Dengan peningkatan ini, peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sebanyak 26% kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:

1. Iѕі Rumаh Tіаdа Hаd Umur

Pеndараtаn < RM2,500
Tіаdа Anаk: RM500
1 – 2 Anаk: RM500
3 – 4 Anаk: RM500
> 5 Anаk: RM500

2. Pеndараtаn RM2,501 – RM5,000

Tіаdа Anаk: RM100
1 – 2 Anаk: RM150
3 – 4 Anаk: RM250
> 5 Anаk: RM300

3. Bujang (Pendapatan <RM2,500)

21-59 Tahun : RM100
OKU 19-59 Tahun : RM100
Warga Emas Bujang : RM150

STR Fasa 1

STR bujang

Jadual Bayaran STR 2024 Bagi Fasa 1, 2, 3 Dan 4 Mengikut Bulan

• Fasa 1 : 29 Januari 2024
• Fasa 2 : April 2024
• Fasa 3 : Ogos 2024
• Fasa 4 : November 2024

photo 2024 02 01 19 30 52

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Tempoh permohonan Semakan Semula (RAYUAN) STR 2024 :

• Mulai 29 Februari 2024

Cara Permohonan Rayuan STR 2024

1. Secara Dalam Talian-KLIK SINI
2. Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui laman berikut-klik DI SINI

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment