Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 2024

Photo of author

By Admin

Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 2024 & Bayaran Insentif Awal 2024

Kerajaan dalam masa terdekat akan mengumumkan beberapa berita gembira kepada penjawat awam dan pesara pada tahun 2024, yang mana salah satunya adalah kenaikkan gaji penjawat awam.

Menurut info terkini oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perdana Menteri akan mengumumkan penambahbaikan gaji, termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada Perhimpunan Hari Pekerja nanti. Ini adalah hasil daripada Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan akan menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam dalam amaun kecil buat sementara waktu melalui Belanjawan 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun.

Berikut dikongsikan info-info penting berkaitan kenaikkan gaji yang akan diumumkan oleh pihak kerajaan bagi tahun 2024.

photo 2024 04 25 21 13 51
Sumber Infografik: Facebook (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Sebelum ini dalam Bajet 2023, Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion

Menteri Komunikasi dan Digital yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menyemak perkara ini dan menjelang tahun depan dan ia dijangka akan direalisasikan.

photo 2024 04 25 21 13 48
Sumber Infografik : Bernama

“Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil. Saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.
Bagaimanapun, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan tidak memperincikan lanjut mengenai perkara tersebut.

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata, selain itu, persepsi kononnya bilangan penjawat awam di negara ini sudah ramai perlu diperbetul kerana mereka tidak sepatutnya disekalikan dengan anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bayaran insentif ini telahpun dibuat pada Februari lalu bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Baca Juga : Senarai Nama Penerima Bantuan STR RM 2000

 

Bayaran Insentif Awal RM2000 Untuk Penjawat Awam 2024

photo 2024 04 25 21 14 50

Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan terima Bayaran Insentif Awal RM2,000 yang dibayar 23 Februari 2024.

Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun 2024.

Beliau berkata bayaran insentif ini dibuat sementara kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

“Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran insentif berjumlah RM1,000 juga diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Beliau berkata semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen turut menerima bayaran insentif RM1,000, yang akan dibuat sekali gus pada akhir Februari depan bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

photo 2024 04 25 21 20 06

Artikel Berkaitan : Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 & Bonus

Cadangan CUEPACS~Kenaikan RM300, Bonus Minimum 1 Bulan Setengah (Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 2024)

Antara cadangan CUEPACS ialah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300, bonus minimum satu bulan setengah yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan hingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen bakal diterima penjawat awam.

Ini antara permohonan sangat wajar bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.

Diharap Perdana Menteri juga dapat mengambil peluang ketika pembentangan belanjawan untuk menoktahkan polemik cadangan pemansuhan pencen penjawat awam sama ada membabitkan penjawat awam sedia ada mahupun baru dilantik. Kerajaan perlu mengumumkan secara terbuka pendirian dan keputusan terhadap isu ini.

Ini penting kerana masyarakat dan ahli politik hangat membahaskan isu ini hingga menimbulkan keresahan serta ketidakselesaan penjawat awam dan rakyat yang berminat menyertai perkhidmatan awam.

Leave a Comment