Seperti yang diwar-warkan baru-baru ini di Belanjawan 2021 berkaitan dengan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin mengeluarkan duit KWSP anda melalui akaun-1 atau kini dikenali sebagai i-Sinar KWSP. Berita baik untuk anda, kini pencarum boleh untuk mengeluarkan duit atau wang simpanan anda di KWSP.
Program yang diberikan nama sebagai i-Sinar ini bertujuan untuk membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa. Ia adalah merupakan kesinambungan kepada program i-Lestari yang telah memberi manfaat kepada sebilangan besar pencarum KWSP sebelum ini. Namun, program ini menetapkan beberapa syarat khusus bagi pencarum yang terjejas.
Syarat Memohon i-Sinar
- Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan.
- Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.
- Ahli KWSP yang tiada sumber pendapatann.
- Para pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama tempoh dua bulan berturut-turut.
- Tidak kira sama ada anda kehilangan pekerjaan atau pendapatan berkurang tahun ini, ahli berkenaan layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada Akaun-1.
- Tanpa mengira sama ada ahli adalah pekerja sektor formal atau bekerja sendiri tanpa mengira ahli aktif mencarum ataupun tidak, selagi mereka terjejas pendapatan secara ketara anda bolehlah mengeluarkan simpanan daripada Akaun-1 KWSP.
Panduan Memohon i-Sinar KWSP Online (Tanpa Akaun)
Di bawah ini adalah merupakan contoh untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun (Portal i-Sinar KWSP). Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengunguman rasmi KWSP dalam tempoh masa terdekat ini.
1. Sila klik pada permohonan baru KWSP.
2. Isikan nombor kad pengenalan anda.
3. Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan pengeluaran i-Sinar dilakukan melalui portal.
4. Sila isikan nombor telefon bimbit, alamat email, alamat rumah, poskod, bandar, negeri.
5. Pilih jumlah amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000).
6. Selepas buat pilihan amaun, pilih bank.
7. Pilihan bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online. Masukkan akaun bank (simpanan/semasa) aktif untuk membuat pengeluaran i-Sinar.
8. Sila pastikan bahawa nombor akaun bank adalah betul dan aktif bagi memastikan i-Sinar dapat dimasukkan tanpa masalah.
9. Muat turun dokumen bukti pendapatan terjejas.
10. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
11. Klik hantar.
Panduan Memohon i-Sinar KWSP Online (Menggunakan i-Akaun)
Di bawah ini adalah merupakan contoh untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar i-Akaun KWSP. Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengunguman rasmi KWSP dalam masa yang terdekat.
1. Sila log masuk ke dalam i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Sila klik pengeluaran.
3. Pilih i-Sinar.
4. Sila baca segala terma dan syarat. Klik OK.
5. Klik seterusnya.
6. Pilih amaun yang diperlukan (Maksimum RM10,000)
7. Selepas buat pilihan amaun, pilih Bank.
8. Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online masukkan akaun bank (simpanan/semasa) aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar.
9. Sila pastikan nombor akaun bank adalah aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa ada sebarang masalah.
10. Sila buat semakan pada BUTIRAN MAKLUMAT.
11. Muat turun DOKUMEN BUKTI SOKONGAN PENDAPATAN TERJEJAS.
12. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
13. Sila klik SETUJU, klik permohonan TAC, kemudian sila masukkan TAC.
14. Akhir sekali, sila klik pada pautan HANTAR.
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Macam