Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) Dibayar Januari 2021. Rayuan GKP 2.0 Kini Dibuka.

Photo of author

By Admin

BPN%2B2.0

Menteri Kewangan telah memberitahu satu khabar gembira buat rakyat Malaysia, iaitu bayaran fasa kedua dan permohonan baharu serta rayuan yang diluluskan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dibuat dalam bulan Januari 2021.

Bayaran BPN 2.0 



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.


Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Dalam satu kenyataan beliau mengenai Laporan LAKSANA Ke-31 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hari ini, penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu.

Untuk tempoh permohonan baharu dan permohonan rayuan telah tamat 15 November lalu. Kepada penerima yang lulus, pembayaran akan dibuat dalam bulan Januari 2021.


Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0

Bagi Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0 pula, pemohon boleh menyemak status permohonan dari tarikh 27 November 2020, manakala pembayaran dijangka bermula pada 30 November 2020, katanya.

“Sebanyak 304,000 PKS Mikro layak bakal menerima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM3,000 dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM912 juta. Secara keseluruhannya, hampir 850,000 PKS mikro sudah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah keseluruhan RM2.55 bilion.

Rayuan GKP 2.0

Kepada pemohon yang tidak layak dan ingin membuat permohonan rayuan, pemohon boleh membuat rayuan di laman rasmi GKP di sini.  



Tengku Zafrul berkata, untuk Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang bermula sejak Oktober 2020, sebanyak RM164.26 juta sudah dibelanjakan setakat bulan lalu bagi membantu 34,479 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 273,767 pekerja.

“Diingatkan bahawa permohonan baharu bagi PSU 2.0 masih dibuka

kepada majikan sehingga 31 Disember 2020,” katanya.


Sumber : Harian Metro, Berita Harian

Leave a Comment