Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2024: Semakan Status & Jumlah Bayaran
Seperti yang diumumkan baru-baru ini oleh kerajaan berkaitan Tarikh Hari Raya Haji jatuh pada 17 Jun 2024 hari Isnin, yang mana rakyat masih ternanti-nanti sama ada pembayaran STR Fasa 3 ini akan dipercepatkan seperti Fasa 2 sebelum ini.
Namun begitu masih belum ada lagi pengumuman rasmi dari kerajaan sama ada tarikh bayaran STR Fasa 3 akan diawalkan sebelum Hari Raya Haji.
Berikut kami kongsikan beberapa info berkaitan dengan tarikh bayaran fasa 3 STR 2024. Minta jasa baik korang untuk share artikel ini kepada saudara mara anda.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai yang diberikan secara berfasa kepada rakyat Malaysia dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Ia juga merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.
Bayaran STR Fasa 3 2024
Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun :
1. Isi Rumah
i) Pendapatan kurang dari RM2500
- Anak lebih dari 5 orang : RM2500
- Anak 3-4 orang : RM2000
- Anak 1-2 orang : RM1500
- Tiada Anak : RM1000
ii) Pendapatan RM2501 – RM5000
Anak lebih dari 5 orang : RM1250
- Anak 3-4 orang : RM1000
- Anak 1-2 orang : RM750
- Tiada Anak : RM500
2. Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
3. Bujang
- Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350
Anda mungkin berminat: RASMI: Bantuan Tunai RM200 BUDI MADANI Dikreditkan Hari Ini
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2024
Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.
Semakan STR Fasa 3 2024
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera.
Cara Bayaran STR Fasa 3 2024
Sаmа ѕереrtі STR sebelum іnі, tеrdараt 2 саrа bауаrаn іаіtu :
- Bауаrаn bаntuаn аkаn tеruѕ dіkrеdіtkаn kе akaun bank уаng dіdаftаrkаn
- Sеkіrаnуа tidak mеmрunуаі аkаun bаnk аtаu tеrdараt mаѕаlаh dеngаn аkаun bank, реmbауаrаn akan disalurkan secara tunаі melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)
Permohonan Semakan Semula dan Rayuan STR 2024
Peserta yang tidak terdapat dalam pangkalan data STR perlu membuat permohonan semula atau rayuan. Permohonan semakan semula atau rayuan boleh dibuat mulai 29 Januari 2024, sama ada secara dalam talian atau pengemukaan borang kertas ke pejabat LHDN berdekatan.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my. Ingat, sentiasa berwaspada terhadap pautan palsu dan dapatkan maklumat dari sumber yang sah.
Artikel berkaitan: E-KYC KWSP: Pengeluaran Melebihi RM250 Akaun 3
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2024.pdf)
- Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/JADUAL%20PERKHDIMATAN%20KAUNTER%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%202024.pdf)