RASMI: Bantuan Tunai RM200 BUDI MADANI Dikreditkan Hari Ini

Photo of author

By Admin

Bantuan Tunai RM200 BUDI MADANI Hari Ini

Lebih 30,000 pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif BUDI MADANI, setakat hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun ini melalui akaun bank penerima, manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima BUDI MADANI. Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.

Permohonan yang dibuat selepas Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk Jun 2024.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Bantuan Tunai RM200 BUDI MADANI

BUDI MADANI adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak meliputi bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) serta syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Pada masa sama MOF memaklumkan berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan disebabkan tidak memenuhi kriteria kelayakan ditetapkan, antaranya pemohon petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar di kementerian berkaitan.

Artikel berkaitan: e-KYC KWSP: Pengeluaran Melebihi RM250 Akaun 3

Bayaran Bantuan Tunai RM200 BUDI MADANI

Kementerian Kewangan dalam kenyataan terkini memaklumkan, penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima.

Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

pa 060624a large
Kredit gambar: BERNAMA

Bantuan Tunai RM200 BUDI MADANI Yang Diberikan

Penyasaran subsidi juga diperkenalkan dalam bentuk bantuan tunai melalui inisiatif berikut:

  • Bantuan tunai BUDI Individu sebanyak RM200 sebulan kepada warganegara Malaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian untuk menampung perbelanjaan bahan api diesel yang meningkat
  • Bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 sebulan bagi petani kecil dan pekebun kecil komoditi untuk mengurangkan kesan kepada punca pendapatan mereka.

photo 2024 06 07 21 08 20

Syarat Permohonan BUDI MADANI 2024

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

i) Pemohon

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
  • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI

ii) Kriteria Pemilikan Kenderaan

  • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
  • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
  • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
  • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

iii) Kriteria Tambahan TIDAK LAYAK BUDI Individu

  • Motosikal diesel;
  • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan; Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
  • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

Semakan Kelayakan/Permohonan BUDI MADANI

Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my

Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mulai dibuka pada awal Jun 2024.

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Rayuan permohonan

Berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan adalah atas sebab tidak memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Sebagai contoh, terdapat pemohon petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar di Kementerian yang berkenaan.

Bagi pemohon individu yang tidak diluluskan, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my.

Bagi pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah Kementerian yang berkenaan, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu, sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI.

c

Baca Juga: Wang Tak Dituntut WTD 2024: Semakan Online Di Portal eGumis

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Maklumat lanjut berhubung syarat kelayakan BUDI MADANI boleh didapati di

  • Layari laman rasmi: https://budimadani.gov.my
  • menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di 1-800-88-2747 / 03-88824565 / 03-88824566 atau
  • Hantar emel di [email protected]
  • pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Leave a Comment