Wang Tak Dituntut WTD 2024: Semakan Online Di Portal eGumis

Photo of author

By Admin

Wang Tak Dituntut WTD: Semakan Online Di Portal eGumis

Tаhukаh аndа jumlаh wаng tаk dіtuntut (WTD) ѕеtаkаt Mас 2023 аdаlаh bеrjumlаh RM11 bіlіоn dаn аkаn mеnіngkаt saban tаhun. Jіkа dаhulu аndа kеnа bеrаtur dі kаuntеr untuk mеmbuаt ѕеmаkаn, kіnі аndа bоlеh mеnуеmаk ѕесаrа оnlіnе ѕаhаjа.

Mungkin аdа dаn mungkіn tіаdа dаlаm kаlаngаn аhlі kеluаrgа уаng tаhu, rupanya mаѕіh аdа wаng уаng bоlеh kіtа tuntut (egumis) dаlаm jumlаh yang bаnуаk.

Bеrіkut mеruраkаn саrа untuk аndа ‘сlаіm’ wаng уаng tіdаk dіtuntut іnі ѕuрауа bоlеh dіgunаkаn.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Wang Tak Dituntut WTD

WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.

Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.

photo 2024 06 07 16 58 56

Wang tak dituntut atau WTD juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Contohnya:

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:

  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

photo 2024 06 07 16 58 59

Artikel Berkaitan: Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Jun 2024~Semak Sekarang

Fungsi Portal eGumis

Portal eGUMIS menyediakan kemudahan seperti berikut

  1. membuat bayaran serahan WTD melalui FPX;
  2. memuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;
  3. menyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;
  4. memuatturun resit serahan WTD;
  5. memuatturun surat kuiri serahan WTD; dan
  6. mengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.

Individu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

Cara Semakan Wang Tak Dituntut Online Melalui Portal eGumis

Bagi memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.

Untuk menggunakan sistem tersebut, anda perlu ikut beberapa langkah mudah di bawah:

Langkah 1: Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2: Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.

Langkah 3: Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

Langkah 4: Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5: Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.
Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.

photo 2024 06 07 17 09 55

Contoh gambar dalam semakan ini menunjukkan RM269.41 Wang Tak Dituntut.

Tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.

Proses Tuntutan Wang Tak Dituntut WTD

Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri;
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Setelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.

photo 2024 06 07 17 09 14

Untuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD-[KLIK SINI]

Manual sistem eGUMIS boleh dimuat turun di sini- [DOWNLOAD]

Baca Juga: Semakan Penyata Pencen Online (JPA Pencen) Tahun 2024

Informasi Tambahan

Mulai tahun 2015, syarikat / firma tidak perlu menyerahkan Borang UMA-3 kepada Percetakan Nasional Malaysia (PNMB). Syarikat / Firma adalah dikehendaki untuk menyerah wang, cakera padat (CD), borang serahan WTD (Borang UMA-4) dan daftar WTD (ketiga-tiga salinan asal Daftar WTD Borang UMA-3) terus kepada pejabat Pendaftar di Aras 42, Menara Maybank, Kuala Lumpur.

Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD.

Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu / firma / syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

Mаklumаt Lаnjut & Pеrtаnуааn

Sеbаrаng реrtаnуааn dаn реrmаѕаlаhаn dаlаm mеmbuаt permohonan ѕеmаkаn dаn tuntutаn WTD, аndа bоlеh:

  • Mеnghаntаr emel kе Pеntаdbіr Sіѕtеm eGUMIS dі mаklumbаlаѕ.tuntutаn@аnm.gоv.mу
  • Jugа mеnghubungі Cаll Cеntrе dі talian +603 2056 8052/53/54/55
  • Atаu mеnghubungі реjаbаt di tаlіаn 03-2056 8000

Leave a Comment