BUDI MADANI 2024: Bayaran Fasa Pertama Bermula Isnin Ini

Photo of author

By Admin

BUDI MADANI 2024: Bayaran Fasa Pertama Bermula Isnin Ini

Menurut Kementerian Kewangan, sebanyak 30,000 permohonan telah diluluskan melalui tiga kategori bantuan dalam program BUDI MADANI. Bagi penerima tanpa akaun bank, pembayaran RM200 boleh ditebus secara tunai dengan menunjukkan MyKad di mana-mana kaunter BSN seluruh Malaysia. Program ini bertujuan mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup semasa.

Program ini disediakan untuk lebih daripada 30,000 individu, termasuk petani dan pekebun kecil komoditi, yang akan menerima subsidi sebanyak RM200 secara langsung ke dalam akaun bank mereka pada hari Isnin.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

BUDI MADANI 2024

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Terdapat 3 kategori penerima iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu.

Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

photo 2024 06 07 21 08 20

Artikel berkaitan: Wang Tak Dituntut WTD 2024: Semakan Online Di Portal eGumis

Bayaran Fasa Pertama BUDI MADANI 2024

Kementerian Kewangan dalam kenyataan terkini memaklumkan, penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima.

Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Syarat Permohonan BUDI MADANI 2024

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

i) Pemohon

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
  • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI

ii) Kriteria Pemilikan Kenderaan

  • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
  • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
  • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
  • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

iii) Kriteria Tambahan TIDAK LAYAK BUDI Individu

  • Motosikal diesel;
  • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan; Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
  • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

photo 2024 05 28 21 37 49

Cara Permohonan BUDI MADANI

Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di dengan kaedah berikut:
1. Mendaftar akaun pengguna
2. Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
3. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:

  • No. Mykad
  • No. Telefon Bimbit Nama Bank
  • No. Akaun Bank
  • Alamat e-mel
  • Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
  • Nombor Pendaftaran Kenderaan
  • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
  • Jenama / Model Kenderaan
  • Kelas Kegunaan Kenderaan

Semakan Kelayakan / Permohonan

Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my

Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mulai dibuka pada awal Jun 2024.

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Anda mungkin berminat: Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Jun 2024~Semak Sekarang

Permohonan BUDI MADANI 2024

BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Permohonan BUDI Individu dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024.

photo 2024 05 28 21 37 44 photo 2024 05 28 21 37 46

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:

  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • Alamat e-mel : [email protected]

Leave a Comment