Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Jun 2024~Semak Sekarang

Photo of author

By Admin

Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Jun 2024

Terdapat pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai yang disalurkan kepada rakyat daripada pihak kerajaan pada hari ini.

Salah satunya adalah bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memfokuskan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Bantuan kewangan ini disediakan oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2024 dan bertujuan membantu golongan yang memerlukan.

Berikut kami kongsikan beberapa info penting berkaitan dengan bantuan JKM untuk bulan Jun yang akan diberikan. Semoga bermanfaat.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Jun 2024

Tarikh pembayaran untuk bantuan JKM pada bulan Jun 2024 adalah dari 1 hingga 10 Jun. Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menghantar pemberitahuan tentang sebarang perubahan tarikh pembayaran dari semasa ke semasa.

Pembayaran akan dikreditkan secara langsung kedalam akaun bank penerima yang memenuhi syarat secara one-off.

Artikel berkaitan: Semakan Penyata Pencen Online (JPA Pencen) Tahun 2024

Bayaran Bantuan Bulanan JKM Dikreditkan Setiap Bulan

Bayaran bantuan bulanan JKM biasanya dikreditkan pada awal bulan, iaitu sebelum 10 haribulan setiap bulan. Namun, mungkin pada bulan-bulan tertentu bayaran akan diawalkan atau dilambatkan sedikit, bergantung kepada cuti umum dan sistem pengurusan JKM.

Walaubagaimanapun, anda boleh membuat semakan secara online untuk mengetahui status pembayaran ini, sama ada ia telah diproses dan dikreditkan ke akaun sebelum anda membuat pengeluaran di ATM / bank.

Jumlah Bayaran Bantuan Bulanan JKM Jun

Berikut adalah jenis-jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM:

  • Bantuan Kanak-kanak (BKK) – Sehingga RM1000 sebulan setiap keluarga
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM250 hingga RM500 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM350 sebulan
  • Bantuan Warga Emas (BWE) – RM500 sebulan
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP) – RM2700 secara one-off
  • Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar – Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Alat Sokongan atau Alat Tiruan (BAT)
  • Bantuan OKU Tidak Bekerja (BKB)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

Syarat Kelayakan Bantuan Bulanan JKM

Kriteria umum kelayakan untuk bantuan JKM adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan Isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) – pendapatan purata isi rumah yang ditetapkan
  • Golongan yang memerlukan diprioritaskan, khususnya yang kurang berkemampuan dari segi kewangan

Cara Permohonan Online Bantuan Bulanan JKM

  1. Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  2. Daftar permohonan mengikut negeri
  3. Isikan nombor kad pengenalan
  4. Isikan borang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

Borang Berkaitan

JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)

  • BORANG_PERMOHONAN_JKM_18.pdf [DOWNLOAD]

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

Semakan Status Permohonan

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM (http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp)
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
    Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

Cara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Jun 2024 Melalui Apps eMaklum

  1. Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
  2. Tekan ‘Carian Dokumen’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
  5. Masukkan nombor akaun bank anda
  6. Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
  7. Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
  8. Tekan butang ‘Cari’
  9. Maklumat pembayaran akan dipaparkan
photo 2024 06 06 21 42 47
Buka aplikasi eMaklum
photo 2024 06 06 21 42 49
Tekan ‘Carian Dokumen’
photo 2024 06 06 21 42 52
Isikan maklumat anda
photo 2024 06 06 21 42 54
Perincian bayaran akan dipaparkan
photo 2024 06 06 21 42 56
Tarikh bayaran juga akan dipaparkan

Cara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Jun 2024 Melalui Portal eMaklum

eMaklum merupakan sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan.
Mudah saja cara nak buat semakan untuk bayaran bulanan anda setiap bulan sebab tak perlukan sebarang pendaftaran.

Cara nak buat semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
  2. Masukkan nombor IC anda.
  3. Pilih tarikh semakan.
  4. Tekan semak.
  5. Bayaran yang diterima akan dipaparkan. Boleh klik pada perincian untuk tengok detail.

*Rujuk panduan semakan bayaran bantuan JKM 2023 melalui panduan gambar di bawah:

LANGKAH 1

Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/

photo 2024 06 06 21 47 32

LANGKAH 2

Masuk kan no IC dan no akaun.

Lepas tu pilih tarikh, contohnya 1/1/22-7/1/22.

photo 2024 06 06 21 47 34

LANGKAH 3

Nak tengok perincian dan download resit boleh tekan dekat situ.

photo 2024 06 06 21 47 36

Anda mungkin berminat: Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024: Syarat Kelayakan & Semakan Permohonan

Informasi Tambahan

Pastikan dokumentasi dan maklumat anda sentiasa dikemas kini untuk memudahkan proses permohonan dan penerimaan bantuan ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan yang anda layak terima dan pergunakan ia sepenuhnya demi kesejahteraan hidup bersama keluarga.

Sementara itu, pihak JKM juga menafikan Jadual Bayaran Bantuan Bulanan JKM 2023 seperti yang disebarkan di media sosial.

photo 2024 06 06 21 49 23

Mаklumаt Lanjut & Pertanyaan

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Leave a Comment