Zahid Gesa Pihak KWSP Untuk Pencarum Keluarkan Secara “One Off”

Photo of author

By Admin

ZAHID%2BI SINAR

Sering menjadi persoalan di antara masyarakat berkaitan pengeluaran wang simpanan KWSP, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menuntut pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan pilihan kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka secara ‘one off’.

Keputusan KWSP mengenakan syarat pengeluaran amat berbeza dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz semasa penggulungan Bajet 2021 sebelum ini.

Pengurusan KWSP Tidak Senada Dengan Menteri Kewangan



“Saya mendengar dan membaca segala keluhan serta suara hati rakyat yang amat kecewa dengan syarat-syarat yang telah dikenakan oleh pihak KWSP berkenaan dengan pengeluaran i-Sinar KWSP baru-baru ini.

“Ternyata nada yang diucapkan oleh pihak pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang telah diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia semasa sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan Negara 2021 tempoh hari.

“Oleh yang demikian, saya meminta agar pihak KWSP untuk mempermudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara one-off sebanyak RM10,000 maksimum,” katanya.

Menurut beliau, ahli-ahli parlimen BN dan UMNO termasuklah segala sayap-sayap pergerakan pemuda dan puteri akan bertegas dalam memperjuangkan isu tersebut.


Pada 02 Disember yang lalu, pihak KWSP telah mengumumkan sebanyak dua kategori pencarum sahaja yang layak untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun-1 menerusi skim i-Sinar yang dilaksanakan bagi bertujuan membantu rakyat menangani masalah pendapatan berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Perincian tersebut telah pun diumumkan seminggu selepas Tengku Zafrul telah bersetuju terhadap gesaan beberapa pemimpin termasuklah daripada UMNO sendiri untuk memperluaskan program tersebut

Pengeluaran i-Sinar Dilihat Tidak Munasabah


Semalam, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Najib Razak berkata bahawa tempoh masa pengeluaran i-Sinar dilihat tidak munasabah.

“Adakah munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk menunggu sehingga tiga bulan lagi sehingga akhir Februari sebelum mereka mendapatkan pelampung?

“Ramai para pencarum yang telah menunggu sejak daripada bulan Oktober lagi apabila saya dan UMNO telah mula menyuarakan saranan ini.

“Tetapi, pengunguman pihak KWSP semalam bagi kategori 2 yang bermaksud : Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak daripada bulan Oktober lagi, mereka perlu tunggu sehingga 11 Januari untuk memohon dengan pelbagai bukti dokumen,” tulisan Najib Razak melalui laman Facebook.


Bagi Kategori 1, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori 2 pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Leave a Comment