Cara Semak Baki Dan Daftar i-Akaun Di KWSP (Bank Rakyat, CIMB, Maybank, Alliance, UTC, Aeon dll)

Photo of author

By Admin

SEMAK%2BBAKI%2BI%2BAKAUN




Dalam tempoh PKP ini, kebanyakan urusan di KWSP perlu dilakukan secara temujanji termasuklah untuk urusan daftar i-akaun dan anda boleh melakukannya dengan lebih cepat dan mudah melalui kiosk KWSP.

Orang yang buat temujanji pun ramai, jadi memang perlu beratur agak lama jugalah kalau berurusan di kaunter.

Oleh sebab itu, pihak KWSP menggalakkan pelanggan melakukan urusan secara online melalui i-Akaun KWSP dan sekaligus untuk i-Sinar juga dilakukan dalam secara online

Jadi, bagi sesiapa yang belum daftar dan aktifkan i-Akaun, bolehlah daftar di kiosk KWSP saja. Tak perlu beratur, tak perlu buat temujanji, boleh walk-in bila-bila masa saja. Ikuti langkah-langkah yang kami sediakan dibawah.


Pengaktifan i-Akaun KWSP

Bagi ahli KWSP yang belum ada i-Akaun, amat digalakkan mendaftar sebab melalui i-Akaun ni boleh buat semua urusan KWSP secara online.

1. Kemaskini profil peribadi
2. Semak kelayakan pengeluaran
3. Semak baki simpanan
4. Semak penyata KWSP
5. Semak rekod caruman
6. Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
7. Menyemak maklumat penamaan
8. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
9. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran


w

Perkhidmatan Yang Boleh Dilakukan Di Kiosk KWSP

Berikut adalah senarai urusan yang boleh dilakukan di Kiosk :
1. Aktivasi TAC
2. Pendaftaran Ahli
3. Cetak Penyata
4. Pendaftaran i-Akaun


Cara Daftar i-Akaun Di KWSP

Untuk aktifkan i-Akaun, pengesahan cap jari ahli perlu dilakukan bagi menjana Kod Pengaktifan i-Akaun menggunakan MyKad.

Pengesahan cap jari ini boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kiosk KWSP.


Untuk mengaktifkan i-Akaun di kios KWSP, sila ikuti langkah ini:



LANGKAH 1: 

  • Pengesahan Kad Pengenalan & Cap jari
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Masukkan nombor telefon terkini (pastikan nombor telefon yang aktif) dan cap jari anda.


LANGKAH 2: 

  • Terima TAC
  • Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.


LANGKAH 3: 

  • Download i-Akaun
  • Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit.
  • Masukkan nombor ID serta password.
  • Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
  • Kemudian kemaskini password baharu.
  • Selesai 

k


Cara Semak Baki Akaun 1 & Akaun 2 Di Kiosk KWSP

Untuk membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 di kios KWSP, anda boleh melakukan langkah ini:

  1. Pergi ke mana-mana kiosk KWSP. (Rujuk senarai di SINI)
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan cap jari.
  3. Sila pilih pada butang ‘Semakan Penyata’.
  4. Kiosk KWSP akan mengeluarkan Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 beserta baki keseluruhan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home

1 thought on “Cara Semak Baki Dan Daftar i-Akaun Di KWSP (Bank Rakyat, CIMB, Maybank, Alliance, UTC, Aeon dll)”

Leave a Comment