Bantuan Sara Hidup (BSH) & Jadual Bayaran Pencen JHEV Tahun 2024

Photo of author

By Admin

Bantuan Sara Hidup (BSH) & Jadual Bayaran Pencen JHEV 2024

Semakan penyata pencen anda kini lebih mudah dan cepat dengan Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0.

Semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 sebulan melalui portal ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal baharu ini dan cara untuk mengaksesnya.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Bayaran Bantuan Khas 2024 / Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Menerusi Bajet 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Manakala pemberian sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk Veteran ATM berpencen serta tidak berpencen, bayaran tersebut akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Sila pastikan maklumat telah lengkap dan akaun telah dikemaskini di portal VIBES 2.0. Bayaran akan dibuat tertakluk kepada maklumat pendaftaran veteran yang telah lengkap dalam sistem VIBES 2.0. Bagi Veteran ATM yang belum mendaftar hendaklah segera mendaftar bagi membolehkan bayaran dibuat.

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat dengan memuatnaik dokumen ke dalam sistem Vibes 2.0; https://vibes.jhev.gov.my/portal/

  1. Salinan buku pengakuan perkhidmatan (BAT D 86/92) / Sijil berhenti pasukan sukarela ATM (BAT B 84) semua muka surat atau surat pengesahan perkhidmatan dari JRP
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan akaun bank persendirian yang aktif
  4. Salinan surat insolvensi dari Jabatan Insolvensi Malaysia (Sekiranya muflis)

Baca Juga: Jadual Tarikh Bayaran Bulanan PERKESO & Pencen ILAT 2024

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2024

Adalah dimaklumkan bahawa berikut merupakan syarat kelayakan skim Bantuan Sara Hidup khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas.

  • Skim ini khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas.
  • Tidak perlu memohon. JHEV akan proses permohonan yang layak berdasarkan data dalam sistem VIBES 2.0 yang telah dikemaskini oleh veteran.
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah mestilah tidak melebihi RM1,198.00,
  • BSH dibayar secara berterusan sehingga dimaklumkan.
  • Bantuan ini tidak dipanjangkan kepada balu dan penerima pencen KWAP.
  • Penerima sedia ada dalam kumpulan ini akan terus menerima.
  • Tarikh bayaran pada 15 hari bulan setiap bulan. Jadual pembayaran akan dikeluarkan.
  • Akaun bank veteran hendaklah aktif.
  • Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.
  • Veteran berumur 60 tahun ke atas perlu mengemaskini data / maklumat dalam sistem VIBES 2.0.

photo 2024 04 29 15 49 43

Sebarang pertanyaan sila hubungi hotline JHEV : 03-2697 6600

Diharap agar veteran yang layak menerima bantuan tersebut dapat mengemaskini maklumat dalam VIBES 2.0 supaya proses seterusnya dapat berjalan dengan lancar.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Tahun 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan skim Bantuan Sara Hidup kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas (BSH3) yang telah ditetapkan.

Veteran perlu membuat permohonan dan mengemaskini maklumat pendapatan di portal VIBES 2.0 supaya proses permohonan dan kelulusan berjalan dengan lancar.

JHEV ATM boleh dihubungi melalui talian atau klik link WhatsApp yang tertera :

  • Hotline: 03-2697 6600 / 03-2050 8000
  • Bantuan Kebajikan – https://wa.me/60167400182)

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari portal rasmi JHEV ATM;

Sebarang pertanyaan/aduan sila lengkapkan ruangan aduan/maklumbalas di pautan ini : www.jhev.gov.my/aduan atau dipautan,

Aduan Dan Maklumbalas Portal VIBES 2.0 : https://vibes.jhev.gov.my/portal/aduannnewiframe.asp

Tarikh bayaran adalah 15 haribulan setiap bulan. Jadual pembayaran akan dikeluarkan.

Langkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera

  1. Layari Portal JHEV https://vibes.jhev.gov.my/
  2. Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
  3. Anda akan dibawa ke halaman utama.
  4. Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
  5. Pilih TAHUN PENYATA.
  6. Masukkan kod pengesahan.
  7. Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
  8. Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah.

photo 2024 04 29 16 30 11

Jadual Pembayaran Pencen Tahun 2024

JHEV ATM telah menyediakan Sistem Penyata Online bagi memudahkan Veteran ATM untuk membuat semakan dan muat turun penyata. Sila daftar di pautan ini; https://penyata.jhev.gov.my/penyata/

Sebarang pertanyaan/masalah boleh terus emelkan permasalahan dan butiran peribadi ke [email protected] atau hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 03-2050 8088.

Jadual pembayaran pencen tahun 2023 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:

Bil Bulan Tarikh Bayaran
1. Januari 19 / 01/ 2024
2. Februari 21 / 02/ 2024
3. Mac 21 / 03 / 2024
4. April 19 / 04 / 2024
5. Mei 17 / 05 / 2024
6. Jun 12 / 06 / 2024
7. Julai 17 / 07 / 2024
8. Ogos 21 / 08 / 2024
9. September 20 / 09 / 2024
10. Oktober 22 / 10 / 2024
11. November 21 / 11 / 2024
12. Disember 18 / 12/ 2024

 

photo 2024 04 29 15 47 09

Sila pastikan akaun masih aktif untuk memudahkan penyaluran bayaran. Semak dan kemaskini akaun di portal VIBES 2.0 ;

https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Bagi Veteran ATM yang masih belum mendaftar, sila daftar dan membuat pengemaskinian maklumat peribadi dan akaun bank setelah login disistem VIBES 2.0. Pengemaskinian perlu disertakan dengan dokumen untuk pengesahan.

Baca Juga: Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 2024

Maklumat Lanjut Pencen JHEV

JHEV ATM berperanan sebagai jabatan yang membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM supaya mereka terus menjadi aset kepada negara & masyarakat.

Sebarang permasalahan sila lengkapkan ruangan aduan/maklumbalas di pautan ini : www.jhev.gov.my/aduan

atau

dipautan Aduan Dan Maklumbalas Portal VIBES 2.0 : https://vibes.jhev.gov.my/portal/aduannnewiframe.asp

Leave a Comment