Bantuan eWallet BINGKAS Selangor 2024: Semakan Kelulusan & Bayaran

Photo of author

By Admin

Bantuan eWallet BINGKAS Selangor 2024: Semakan Kelulusan & Bayaran

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

BINGKAS bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-wallet ini.

photo 2024 07 02 12 05 41

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga yang layak di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program BINGKAS.

Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ini dirangkakan khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga penduduk Selangor.

Manfaat program ini termasuklah:

  1. e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai
  3. Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300
  4. Baki nilai bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan
  5. e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatic

ewallet bingkas selangor 2024 1024x588 1

Artikel Berkaitan: Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024: Tarikh Dan Semakan Status Fasa 3

Manfaat Bantuan eWallet BINGKAS Selangor 2024

1. eWallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftar
2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
3. eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300
4. Hanya barang keperluan asas yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS 2024:

  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Ubat-ubatan
  • Sayuran dan buah-buahan
  • Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan
  • Sabung, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
  • Lampin pakai buang
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya
  • Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik

senarai barang yang diluluskan bingkas

Syarat Kelayakan Bantuan eWallet BINGKAS Selangor 2024

Syarat kelayakan mulai 1 Julai 2024 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  4. Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
  5. Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.

syarat kelayakan bingkas selangor 2024

BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Urusniaga pembelian Program BINGKAS ini sepenuhnya menggunakan kaedah pembelian secara tanpa tunai (cashless / E-Wallet).

Cara Memohon Bantuan eWallet BINGKAS Selangor 2024

1 Untuk memohon, sila isikan borang permohonan melalui laman web rasmi https://www.bingkasselangor.com/
2 Sila pastikan anda telah sediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan dengan permohonan anda :

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Bingkas Daftar 1

Cara Pengaktifan Akaun eWallet BINGKAS Selangor 2024

Mulai 1 Julai 2024, Selangkah Wallet akan menjadi medium transaksi bagi program Bingkas.

Untuk terus menerima manfaat, penerima BINGKAS diminta untuk mengaktifkan Selangkah Wallet.

photo 2024 07 02 12 05 02

Baca Juga: eBantuan JKM: Semakan Bantuan JKM Online 2024

Semakan Kelulusan eWallet BINGKAS Selangor 2024

Pemohon baru dan pemohon yang telah mengemaskini permohonan boleh membuat semakan kelulusan kelayakan di aplikasi Selangkah seperti tertera dibawah:

photo 2024 07 02 13 29 19

Sila layari https://www.bingkasselangor.com/log-masuk# untuk log masuk dan membuat semakan status permohonan anda.

Cara Pembelian Barangan Melalui Program eWallet BINGKAS Selangor 2024

Untuk pembelian, sila rujuk langkah berikut:

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS (rujuk senarai kedai : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli
  3. Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran
  6. Tekan butang BAYAR untuk memilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran

bingkas panduan pembelian 2024 1024x670 1

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Berikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program BINGKAS:

  1. Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1800-22-6600
  2. E-mel | [email protected]
  3. Pengaktifan E-Wallet | 016-3254199 (WhatsApp)) | [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan melalui Telegram (https://t.me/SELANGKAHMY_BOT) untuk sebarang bantuan.

Leave a Comment