Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada Januari dan April lalu. Sebelum ini, desas desus dikatakan STR Fasa 3 akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Bantuan STR yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.
Artikel Berkaitan: eBantuan JKM: Semakan Bantuan JKM Online 2024
Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun :
1. Isi Rumah
i) Pendapatan kurang dari RM2500
- Anak lebih dari 5 orang : RM2500
- Anak 3-4 orang : RM2000
- Anak 1-2 orang : RM1500
- Tiada Anak : RM1000
ii) Pendapatan RM2501 – RM5000
- Anak lebih dari 5 orang : RM1250
- Anak 3-4 orang : RM1000
- Anak 1-2 orang : RM750
- Tiada Anak : RM500
2. Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
3. Bujang
- Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350
Bayaran STR Fasa 3 Dijangka Hingga RM 800
Buat masa ini tiada lagi jumlah bayaran STR Fasa 3. Masih terlalu awal untuk diumumkan.
Tetapi jika kita melihat STR Fasa 3 – 2023 bayaran tertinggi bantuan adalah berjumlah RM 800 manakala terendah RM100 untuk bujang.
Kami menjangkakan bayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau tidak jauh berbeza dengan tahun 2023.
Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
Bil. | Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
1. | Fasa 1 | 29 Januari 2024 |
2. | Fasa 2 | 03 April 2024 |
3. | Fasa 3 | Ogos 2024 |
4. | Fasa 4 | November 2024 |
Cara Semakan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera.
Kaedah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
i. Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Tarikh Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024
Permohonan baharu bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR) termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini.
Baca Juga: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA Jun 2024
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2024.pdf)
- Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL. (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/JADUAL%20PERKHDIMATAN%20KAUNTER%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%202024.pdf)