i-Saraan KWSP 2024 : Permohonan, Borang Online & Syarat Kelayakan

Photo of author

By Admin

i-Saraan KWSP 2024-Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyaksikan penambahbaikan penyaluran bantuan tunai apabila had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing ditingkatkan pada tahun 2024.

Untuk tahun 2024, had caruman bagi program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup.

Perubahan jumlah insentif caruman padanan untuk program i-Saraan ini merupakan antara penambahbaikan strategik produk dan polisi yang memberi kesan terhadap memperkukuh masa depan persaraan dan jaminan pendapatan ahli KWSP.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2023, kerajaan telah menyumbang insentif caruman sepadan sebanyak 15% daripada jumlah caruman dengan had maksimum RM300 setahun kepada pencarum yang layak/memenuhi kriteria.

Bagi setengah tahun pertama 2023, insentif kerajaan sebanyak RM28 juta telah dikreditkan kepada 211,361 ahli di bawah program i-Saraan.

Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa! KLIK SINI

i-Saraan KWSP 2024

Mungkin ramai lebih mengetahui tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.

Manakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.

i-Saraan KWSP 2024

Tengah Trending :

Tujuan i-Saraan KWSP 2024

Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
a.  Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
b.  Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
c. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
d. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.

Faedah i-Saraan KWSP

• Insentif Khas – Menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa. – Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal . – Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
• Dividen Tahunan Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
• Bantuan Kematian Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
• Pelepasan Cukai Tertakluk kepada terma dan syarat

photo 2024 02 04 02 15 19

Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP?

Syarat-syarat kelayakan i-Saraan iaitu:

1 Mendaftar sebagai ahli KWSP
2 Warganegara Malaysia
3 Berumur 60 tahun ke bawah
4 Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig.

*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri

• Petani/ nelayan/ pemandu teksi
• Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
• Pengasuh bayi
• Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
• Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
• Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
• Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
• Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
• Suri rumah
• Pekerja Berpencen

Cara Daftar & Saluran Pembayaran

Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan.

Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:

LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP

Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member 

ATAU

Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan: https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-saraan 

photo 2024 02 04 02 05 19

LANGKAH 2: TEKAN MENU ‘REGISTER I-SARAAN’

photo 2024 02 04 02 05 23

LANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN
Jika berjaya, anda akan menerima notis seperti berikut:

photo 2024 02 04 02 05 28

LANGKAH 4 : BUAT CARUMAN

Akhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan.

photo 2024 02 04 02 05 36

Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:

1. Perbankan Elektronik

• Maybank
• Public Bank
• RHB Bank
• Bank Muamalat
• CIMB Bank

2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)

• BSN
• Maybank
• Public Bank
• RHB Bank

3. Ejen Bank Berdaftar

Ejen Bank (EB) BSN (https://www.mybsn.com.my/locator3B.xhtml?menuId=6)

4. Kaunter KWSP

Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum

Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 15% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM3,334 setahun.

Kaedah Pengkreditan Sumbangan Kerajaan

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.
Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).

Borang Sokongan Yang Diperlukan

• MyKad
• Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/form_kwsp_16g_m) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
• Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/kwsp_6a_2) (Semasa bayaran)
• Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000
Layari

ATAU
Borang Pertanyaan Online (https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry)

ATAU
Rujuk pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan 

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Channel Telegram untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment