Kemaskini STR 2024 : Kemaskini Maklumat Peribadi Bagi Yang Gagal Kredit

Photo of author

By Admin

Kemaskini STR 2024-Ramai yang tidak lulus STR disebabkan tidak kemaskini maklumat terkini yang diperlukan. Kementerian Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 1 telah mula disalurkan secara berperingkat pada 29 Januari 2024.

Dalam pada itu ramai juga yang tidak dapat menerima bantuan STR kerana tidak melakukan kemaskini maklumat. Menerusi bantuan ini, para penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status.

Join Platform rasmi untuk info terkini bantuan semasa. 👉KLIK SINI👈

Kategori Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini STR 2024

Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini sekiranya TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

1. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
2. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

photo 2024 02 07 17 43 59

Tengah Trending :

Kemaskini STR 2024

Permohonan baru dan proses kemaskini STR 2024 boleh dibuat mengikut kaedah berikut:

PERMOHONAN DALAM TALIAN

Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 November 2023

Kaedah Permohonan :

• Secara dalam talian di Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
• Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN : KLIK SINI

Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

Langkah Semakan / Kemaskini STR 2024

Untuk mengemaskini permohonan anda, sila rujuk panduan berikut:

LANGKAH 1

Sila layari portal rasmi STR 2024 di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#

str 2

Klik butang Log Masuk.

LANGKAH 2

Klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.

LANGKAH 3

kemaskini str 3

LANGKAH 4

Semak semula maklumat pemohon dan simpan salinan untuk rujukan anda.

photo 2024 02 07 17 07 51

MUAT TURUN PANDUAN KEMASKINI STR 2024 (PDF) : KLIK SINI

Pendaftaran MySTR

1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
2. Masukkan Maklumat Keselamatan
3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
4. Pendaftaran berjaya

Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:

1. Klik Log Masuk MySTR
2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
4. Masukkan Kata Laluan
5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
6. Maklumat yang akan dipaparkan
• Nama Pemohon
• No Mykad Pemohon
• Status Permohonan
• Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Soalan Lazim Kemaskini STR 2024

Berikut adalah senarai Soalan Lazim STR 2024 yang dimuatnaik di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah oleh LHDNM :

Muat turun PDF : DOWNLOAD

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Tempoh permohonan Semakan Semula (RAYUAN) STR 2024 :

• Mulai 29 Februari 2024

Cara Permohonan Rayuan STR 2024

1. Secara Dalam Talian-KLIK SINI
2. Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui laman berikut-klik DI SINI 

Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL. (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/JADUAL%20PERKHDIMATAN%20KAUNTER%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%202024.pdf)

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Leave a Comment