Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 2024 Sebanyak 15% Mula 1 Disember
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sebelum ini penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024.
Menurut beliau, peningkatan gaji ini adalah kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.
Sebelum ini, kadar paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus.
Kenaikan gaji ini akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 2024
Kerajaan umumkan kenaikan gaji 15 % untuk semua penjawat awam persekutuan mulai Disember 2024.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kerajaan mengumumkan beberapa berita gembira kepada penjawat awam dan pesara pada tahun 2024, di mana salah satu antaranya adalah berkaitan kenaikan gaji.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penambahbaikan gaji, termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada Perhimpunan Hari Pekerja 2024 dari hasil kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Artikel berkaitan: Bantuan MyKasih RM100 Bulan Mei 2024
Sebelum ini dalam Bajet 2023, Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.
Justeru, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei 2024 telah mengumumkan berita gembira buat semua penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember 2024.
Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 Sebanyak 15% Adalah Kenaikan Paling Baik
Sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus. Oleh itu, Kerajaan MADANI akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu dan akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.
Tambah beliau lagi, ia adalah kenaikan paling baik dalam negara. Kewangan akan diteliti bagi melihat bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa yang sama hutang negara tidak lebih daripada sepatutnya.
Pada 7 Julai lepas, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak adalah pada 2013.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.
Beliau berkata, selain itu, persepsi kononnya bilangan penjawat awam di negara ini sudah ramai perlu diperbetul kerana mereka tidak sepatutnya disekalikan dengan anggota penguat kuasa.
Kadar kenaikan gaji penjawat awam 2024 yang mungkin mencecah sehingga 15 peratus itu jelasnya merupakan cara Kerajaan MADANI menghargai golongan penjawat awam yang memberikan sumbangan dan dedikasi kepada usaha meningkatkan keupayaan negara dalam sudut ekonomi, sosial dan sebagainya.
Intipati Perhimpunan Hari Pekerja 1 Mei 2024
Dalam ucapan pada perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 2024 yang berlangsung pada 1 Mei 2024 tersebut, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa perkara penting yang sekian lama dinantikan dan perlu diangkat dalam membela kebajikan warga terkait apakala berhadapan dengan keadaan ekonomi glokal ketika ini.
Initipatinya adalah seperti berikut :
- Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
- Kenaikan gaji penjawat awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion dimana perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
- Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
Artikel berkaitan: Bayaran Akaun 3 KWSP~Tarikh Kelulusan & Cara Mohon
Di samping itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menitipkan pesanan, di sebalik pengumuman tersebut, mana-mana penjawat awam yang tidak mempamerkan prestasi baik, pemalas dan sering lewat datang kerja adalah tidak layak menerima kenaikan itu.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menggesakan sektor swasta yang mencatat keuntungan tinggi untuk memberikan layanan sama kepada pekerja dengan menawarkan kadar upah yang lebih baik.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama, baik persatuan atau rakan di jabatan, untuk memastikan kebersamaan semua pihak dalam mengangkat mutu dan perkhidmatan kepada rakyat serta negara di tahap yang lebih baik lagi.